in

Nak Buang Tapi… Ini 10 Barang Yang Korang Perlu Buang Walaupun Sayang

Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai di antara kita pernah mengalami situasi macam ni. Bilik atau ruang di rumah bersepah-sepah, bila nak mengemas, rasa sayang pulak nak buang barang-barang yang korang dah tak pakai ni. Yelah, barang-barang ni semua korang beli dengan titik peluh sendiri. Ada pulak yang dihadiahkan oleh orang yang ‘ehem-ehem’ korang sayang. Takkan nak buang kot? 



Kami faham dengan situasi anda tu. Oleh itu, kami senaraikan 10 barang yang korang perlu buang tapi tak jadi nak buang sebab sayang. 

 

1. Surat cinta, bil, kad ucapan lama

Surat Lama
gambar hiasan

Aduh! Kenangan sangat memedihkan! Surat cinta zaman sekolah rendah, kad raya masa zaman sekolah menengah dan bil-bil yang entah berapa tahun lamanya dalam laci tu memang khazanah yang korang paling susah nak buang. Mana tidaknya, banyak kenangan dalam surat-surat yang korang utuskan kat crush kelas sebelah tu. Kad ucapan tu pulak penpal korang selalu kirim masa raya. Takkan nak buang kot. Bila-bila rindu boleh baca ucapan dia.

 

2. Pen yang tak ada dakwat

281220116820
gambar hiasan

Haa spesis yang tak tahulah nak kata apa. Jenis suka beli pen secara borong atau asal pergi kedai stationery je mesti nak beli pen yang cantik. Bila lama-lama tak pakai keringlah dakwat tu sampai tak boleh guna. Kadang-kadang bila dah habis ink rasa sayang pulak nak buang sebab bentuk pen tu yang lawa. Siap ada bulu-bulu ayam lagi kat atasnya. Last-last jadi perhiasan kat meja tulis je.

 

3. Bekas makanan yang tak pakai

Menghilangkan Bau Tupperware
gambar hiasan

Mak-mak paling pantang kalau sesiapa buang bekas makanannya. Tambah-tambah pulak bekas tupperware yang cantik-cantik tu. Kalau jenis yang tu takpe jugak. Tapi kalau yang jenis dok simpan bekas yang dah pecah-pecah tu sampai penuh satu almari apa cerita? Baik korang senyap-senyap buang dan gantikan dengan tupperware baru untuk mak korang. Mesti dia suka!

 

4. Paper bag

20140121 124101
gambar hiasan

Orang perempuan paling suka simpan paper bag. Corak yang cantik dan material yang berkualiti buat mereka jadi collector paper bag yang berjaya. Segala jenis paper bag dari kecil sampailah besar mereka simpan. Nasihat kami tak payahlah simpan paper bag ni semua. Esok beli barang, dapat lagi kan?

 

5. Botol

220420112079
gambar hiasan

Tak ramai rakyat Malaysia yang rajin mengumpul barang terpakai untuk dikitar semula. Ada pula yang jenis mengumpul tapi sampai kesudah tak pergi pusat kitar semula. Yang tak bestnya, berplastik lah bekas botol ini tersimpan di dalam stor rumah. Eloklah korang bawa ke pusat kitar semula tu cepat-cepat. Dapat jugak duit poket kan?

 

6. Majalah lama

Majalah Lama
gambar hiasan

Teringat lagi zaman kegemilangan majalah Galaxie, Mangga, dan URTV yang sering meletakkan gambar-gambar artis kesayangan anda sebagai cover depan majalah atau poster khas yang terselit di dalamnya. Korang gigih kumpul duit dan simpan buat tatapan bila masa senggang. Namun sekarang, orang dah jarang beli majalah. Nak gambar artis? Download je dari Google. Dah boleh jadi screensaver telefon.

 

7. Stokin hilang pasangan

Img 0644
gambar hiasan

Entah di mana silapnya, pasangan stokin yang korang selalu pakai tu hilang! Puas dah mencari tapi tak juga jumpa-jumpa. Korang pun dengan hati yang berat simpan jelah stokin tu dalam laci. Sebenarnya tak ada function pun simpan stokin tu. Bukan boleh pakai. Takkanlah nak sarung lain-lain stokin kot. Pelik pulak orang tengok!

 

8. Barang elektrik rosak

Img 20150523 190437
gambar hiasan

Yang nilah paling sedih nak buang. Disebabkan korang beli barang elektronik ni dengan harga yang mahal, korang rasa sayang sangat nak buang sebab rasa macam boleh pakai kalau hantar baiki. Padahal dah berkali-kali korang baiki, elok sekejap je pastu rosak balik. Alahai! Lebih elok kalau korang hantar je kat pusat kitar semula. Dapatlah wang sikit.

 

9. Krim dan kosmetik lama

C360 2014 08 18 01 26 56 047
gambar hiasan

Ini satu lagi masalah orang perempuan. Beli stock krim dan kosmetik punyalah banyak tapi pakainya sekali dua je. Lepas pakai dan rasa tak serasi, terus korang simpan dalam almari. Masa nak mengemas barulah korang perasan almari korang tu macam gudang kosmetik Dato’ Vida dah! Tapi bila nak buang sayang pulak sebab sekali dua je pakai kan. Agak-agak kalau dah lebih enam bulan tu, kami nasihatkan anda buang jelah sebab takut dah expired pulak.

 

10. Pakaian lama

Pakaian Lama
gambar hiasan

Baju yang dah kecil, terlampau besar sangat sebab anda dah kurus ataupun dah koyak tu eloklah korang derma atau buangkan saja kalau dah tak guna. Simpan dalam almari lama-lama pun tak mendatangkan faedah sebab akan menyusahkan korang kalau nak cari baju yang sesuai untuk dipakai. Kalau derma kat orang susah dapat jugak pahala kan?

Korang dah decide nak buang barang yang mana? Jangan simpan lama-lama nanti penuh rumah dengan barang tak berguna. 

Baca: 7 Tips Sangat Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian 

Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.