in

“Nak bergurau pun agaklah” – Nyalakan Lighter Masa Tengah Isi Minyak, Remaja Ini Sengaja Pamer Kebodohan Di Media Sosial

Ngok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Nak bergurau pun agaklah" - Nyalakan Lighter Masa Tengah Isi Minyak, Remaja Ini Sengaja Pamer Kebodohan Di Media Sosial
Loading
/

Umum semua tahu kawasan sekitar stesen minyak adalah tempat yang sangat merbahaya sebab mudah terdedah dengan kebakaran. Walaupun dah tahu akan bahaya ni, masih ada yang ‘bebal’ dan tak nak ikut peraturan.


Baru-baru ni, sebuah video viral di Twitter yang menunjukkan sekumpulan remaja berlagak berani dengan menyalakan pemetik api dalam kereta semasa salah seorang kawannya tengah mengisi minyak.

Nah tengok video kebodohan budak-budak ni:

Leve
sumber: twitter

 

“Gelak-gelak tau tau dah jumpa munka nakir”

Tindakan tak masuk akal remaja-remaja nakal ni telah menimbulkan kemarahan netizen yang rata-rata melabel mereka ni sebagai bodoh dan tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

Cer bayangkan kalau kereta tu meletup. Bukan korang je yang mati, tak pasal-pasal orang sekeliling jugak terkena tempiasnya.

Piang
sumber: twitter

 

“Helo bomba. Sila educate mereka ni. Aku harap pemilik petrol station tampal poster muka dia orang” 

Dalam pada tu, rata-rata netizen yang berilmu pengetahuan menjelaskan yang tindakan remaja ni sangat bahaya sebab gas dari petrol sangat mudah terbakar.

Benda kecil macam api, gelombang dari telefon ke boleh cetuskan kebakaran tau. Please educate yourself ye adik-adik! 

Belajar
sumber: twitter

Apa-apapun admin harap remaja yang terbabit dalam video kat atas ni sedarlah apa yang mereka buat tu salah dan boleh membahayakan nyawa orang lain. Nak melawak dengan kawan-kawan boleh, tapi jangan sampai extreme macam tu. 

Baca: Aktivis Bengang Dijerit Bangla Semasa Di Stesen Minyak, Rupa-rupanya…

Lando Zawawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.