in

“Nak belajar tapi dalam masa yang sama taknak derhaka” – Netizen Terhibur Tengok Student Tumbuk Bawang Masa Online Class

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan, universiti telah meneruskan pengajian menggunakan medium atas talian.


Biasalah, belajar dalam kelas dengan belajar sambil video call ni, macam-macam benda unexpected yang kita boleh tengok dan kadang-kadang tak terjangka.

Macam baru-baru ni, seorang pengguna Twitter dengan nama @Kingdaeneryz telah memuat naik gambar kawannya yang sedang menumbuk bawang semasa online class dijalankan.

Korang tengok je lah video dekat bawah ni, bukan main busy lagi dia dok menumbuk tu.

Tweet yang telah mendapat sebanyak 35K tanda suka ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah Mira ini.

Screenshot 2020 04 23 At 3.20.31 Pm Down

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang menyelar tindakan gadis ini…

Screenshot 2020 04 23 At 3.25.59 Pm Down

Namun, tuan empunya badan menjelaskan yang ibunya keluar bekerja so dia kena habis masak sebelum ibunya balik sebab takut nanti tak ada makanan.

Lagipun, pensyarah dorang pun tak terganggu dengan tindakan Mira ni dan faham dengan situasi di rumahnya.

Ha okeylah tu kan? Kadang-kadang kita tak boleh nak buat pilihan antara keluarga dengan pelajaran dan setiap orang ada tanggungjawab dan situasi masing-masing.

 

Baca: Sekarang Dah Boleh Nikah Online, Tempoh Akad & Nikah Kurang Dari 15 Minit

Screenshot 2020 04 23 At 3.36.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.