“Nak balik kampung boleh? ” – [VIDEO] Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Polis, Terlampau Rindu Atok & Nenek

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nak balik kampung boleh? ” – [VIDEO] Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Polis, Terlampau Rindu Atok & Nenek

Sedar tak sedar, kita dah berbulan-bulan tak dapat nak keluar merentas negeri disebabkan wabak Covid-19 yang masih berleluasa.

Bagi sesetengah orang, ada yang sudah bertahun berpisah dengan ahli keluarga dan semestinya rindu nak balik ke kampung halaman tu dah makin membuak-buak. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut merasa rindu untuk pulang ke kampung mereka.


Anak minta izin dekat polis

Seperti kisah yang viral baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak ini bertanya sendiri kepada pihak polis jika dia dapat balik ke kampung.

Cerita yang dikongsi melalui akaun TikTok @Puteri Nur Farahanum ini menunjukkan bahawa anak lelakinya, beranikan diri untuk bertanya kepada anggota polis jika dia dapat pulang ke kampung.

Lalu anaknya bertanyakan jika dia dapat rentas negeri untuk pulang ke kampung. Namun anggota polis itu dengan tenang menerangkan secara baik yang rentas negeri masih tak dibenarkan. Polis berkenaan turut memberitahu, bahawa adik tersebut boleh balik ke kampung jika kebenaran dah diberi nanti.

Menurut Puteri, anaknya itu nak sangat balik ke kampung sebab dah rindu datuk dan nenek dia. Puteri dan suami sebenarnya dah memberitahu kepada anak mereka, yang sekarang masih tak boleh nak balik kampung. Namun anaknya masih tak percaya, kerana ingat ibu bapanya saja menipu.

Jadinya, mereka ambil inisiatif untuk bawa anak mereka berjumpa dan bertanya sendiri kepada anggota polis tersebut supaya dia dapat jawapan yang lebih meyakinkan. Alaa sian awak dik.

Menangis dalam kereta

Setelah dapat penjelasan daripada polis tersebut, mereka sekeluarga pun pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun ketika dalam perjalanan, anaknya dilihat tak dapat menahan sebak dan terus menangis teresak-esak. Dia merasa sedih sebab polis itu tak bagi dia untuk balik kampung berjumpa datuk dan neneknya.

Sabar ye adik, kita doa sama-sama supaya pandemik di negara kita ni cepat berakhir. 

Baca : “Depa dari Johor, saja balik mai raya hari tu” – Anak Menantu Rentas Negeri Ziarah Raya, Punca Warga Emas Dijangkiti & Meninggal

Foot Adik 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aidil Yusrif
Lagi tulisan Aidil
Jangan ajak saya karaoke, takut awak tak dapat chance nak menyanyi. Orang Kata saya poyo, nampak garang tapi saya pemurah hekhekk

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nak balik kampung boleh? ” – [VIDEO] Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Polis, Terlampau Rindu Atok & Nenek
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nak-balik-kampung-boleh-video-comel-anak-kecil-minta-izin-balik-kampung-dengan-polis-terlampau-rindu-atok-nenek/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM