in

Najib Razak Dinamakan Calon Untuk Parlimen Pekan Dalam PRU-15

Fbx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Menurut Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly dan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk penelitian dan membuat keputusan.

Najib yang juga masih ada nama di kerusi Parlimen Pekan itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Rtx7M93B.jpg

Nama anak Najib tidak dicalonkan?

Zamri juga turut menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib dan Nooryana Najwa bertanding di kerusi berkenaan.

“Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.”

Dia juga mengatakan bahawa sekiranya Najib mendapat pengampunan dari Yang Di-Pertuan Agong (YDP), calon yang dipilih untuk bertanding perlulah menyerahkan kembali kerusi kepadanya.

“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan.”

Anak kepada Najib Razak juga difahamkan akan turut dicalonkan namun hanya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Mohd. Nizar Najib 1 E1662279369904

Pada PRU-14, Najib telah mempertahankan kerusi Parlimen Pekan itu selepas memperoleh majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pesaingnya di kerusi berkenaan.

Apa kata anda?

Baca: Selagi Jalani Hukuman Penjara, Najib Razak Tak Dibenar Keluar Berkempen Untuk PRU15

Screenshot 2022 10 13 At 11.11.05 Am

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.