in

Selagi Jalani Hukuman Penjara, Najib Razak Tak Dibenar Keluar Berkempen Untuk PRU15

Najib Tak Dibenar Berkempen Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut sahaja mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan tidak lama lagi ini, sudah pastinya ahli-ahli politik yang terlibat akan turun padang dan sedaya upaya berkempen demi kemenangan parti masing-masing.


Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berbuat demikian kerana beliau tertakluk dengan akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara.

Najib Razak Unmo Meeting

Tidak dibenar keluar berkempen

Menurut Malaysiakini, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Mohamad berkata, selagi Najib menjalani hukuman tersebut, beliau tidak dibenarkan keluar berkempen pada PRU15.

Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya.

41655454013 Tbnordin

Kenyataan itu dinyatakan beliau ketika diminta mengulas mengenai pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar Ahli Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas untuk keluar berkempen bagi PRU15.

 

Sebelum ini juga, pihak penjara difahamkan telah menolak permohonan Najib untuk menghadiri sesi sidang Parlimen dan pihak mereka juga tidak akan menerima sebarang permohonan lain daripada bekas Perdana Menteri itu.

Malah bekas PM itu juga menurutnya tidak diberi layanan istimewa dan tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara selain prosedur operasi standard jabatan itu seperti banduan lain.

Kami memberi layanan yang sama kepada semua penghuni di sini dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan di sini,” katanya.

Baca: Najib Dihantar Semula Ke Penjara Kajang, Kesihatan Dilapor Semakin Baik

Najib

Sumber: CFR
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.