in

Najib Mungkin Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Najib Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, sekali lagi bekas Perdana Menteri hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 8.50 pagi.


0808 Ai Najib Court4
sumber: mmo

Menurut Malaysiakini, Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan 3 pertuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). 

Ft 11
sumber: wob
2 1
sumber: wob

Najib telah didakwa di bawah Seksyen 4(1) kerana beliau telah dituduh menerima wang jutaan ringgit daripada aktiviti haram dalam dua situasi yang berbeza seperti di bawah:

  • RM27 juta pada 26 Disember 2014 
  • RM5 juta pada 26 Disember 2014 
  • RM10 juta pada 10 Februari 2015 

Kalau Najib disabitkan kesalahan kerana menerima wang tersebut, beliau mungkin boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun untuk SETIAP dakwaan atau denda tak kurang lima kali ganda atau jumlah nilai hasil daripada aktiviti haram. 

0808 Shz Najib Court8
sumber: mmo

Terdahulu Najib telah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Jadi maknanya kini bekas PM tersebut berdepan dengan 7 pertuduhan di bawah tiga aktaiaitu pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. Phew banyak tu! 

Semoga Najib bertabahlah menghadapi kesemua pertuduhan tersebut. Kalau dicongak-congak jumlah hukuman penjara, ex PM kita ni kemungkinan dikenakan hukuman penjara seumur hidup ni! 

Baca: Lokman Adam dan Ellie Suriaty Dihalang Masuk Mahkamah 

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.