Naim Daniel ‘Bahan’ Diri Sendiri Lepas Nyanyian Terkucil Masa Live Buat Ramai Terhibur

Tambah ke Sumber Pilihan
Naim Daniel ‘Bahan’ Diri Sendiri Lepas Nyanyian Terkucil Masa Live Buat Ramai Terhibur

Sebut je nama Naim Daniel, semua orang mesti kenal kan Juara AJL34 yang menang dengan lagu Sumpah ni? Dengan kemenangan itu, dia yang sebelum ini seorang pelakon, telah berjaya buktikan bahawa dia juga hebat menyanyi!  

Namun, penyanyi yang kini tengah hit dengan lagu terbarunya ‘Mainan’ itu dikatakan ‘kantoi’ terkucil semasa menyanyi pada konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik hujung minggu lalu.


Naim yang menyanyikan lagu bertajuk Lara secara trio bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli itu dikatakan terkucil pada minit ke 2.30 persembahan tersebut.

Namun, yang menjadi perhatian bukanlah kerana insiden itu, tetapi videonya membahan diri sendiri selepas konsert tersebut itu yang berjaya membuat ramai orang terhibur!

Naim telah memuat naik satu video di story Instagramnya yang memperlihat dia menyanyikan semula lirik yang terkucil tersebut.

Lalu, video itu telah dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang netizen, @hanspotter sehingga membuatkan ramai yang meninggalkan komen terhibur dengan gelagat Naim yang membahan dirinya sendiri itu.

Ada juga yang menganggap insiden seperti itu merupakan satu perkara biasa yang boleh terjadi kepada mana-mana penyanyi sekalipun.

Komen Ajl LatestSumber: TikTok

Walaupun ada terkucil sikit, namun lagu trio ini tetap berjaya tersenarai dalam finalis ke peringkat akhir nanti! Takpe nanti boleh prepare lebih lagi untuk final…

Baca: Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat Throwback Ibu Sedara Masa AJL 1999

Baca Ajl

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Naim Daniel ‘Bahan’ Diri Sendiri Lepas Nyanyian Terkucil Masa Live Buat Ramai Terhibur
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/naim-daniel-bahan-diri-sendiri-lepas-nyanyian-terkucil-masa-live-buat-ramai-terhibur/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM