in

“Mahu mereka faham agama” – Loca B Undur Diri Dari Dunia Seni, Mahu Fokus Anak

Loca 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi rap, Loca B telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari industri seni tempatan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya.

Loca 1
Sumber: instagram

“Banyak penipuan, tikam belakang..”

Menerusi hantarannya di Instagram, Loca B membuat pengumuman tersebut dan mengatakan dirinya sudah tidak lagi berminat untuk menjadi penyanyi. Dia turut memuat naik gambar persembahan terakhirnya sebagai nama pentas ‘Loca B’.


Artikel berkaitan: “Cekik pernah, ugut pernah, heret pernah” – Loca B Dedah Sikap Kuat Cemburu & Panas Baran Tuju K-Clique?

Artikel berkaitan: “Saya tak suka orang cakap begitu” – Puteri Sarah Tak Fikir Soal Jodoh, Pilih Fokus Anak & Kerjaya

Ini persembahan terakhir saya sebagai LOCA. Saya tidak berminat lagi untuk berada dalam industri hiburan Malaysia. Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu fokus kepada anak-anak yang saya lahirkan ke bumi ini.

Sebagai seorang ibu juga, Loca B sangat terkesan melihat sikap manusia zaman sekarang yang suka berpura-pura dan menunggang agama.

Banyak penipuan, tikam belakang dan manipulasi yang tidak berbaloi. Tiada hormat pada rumah tangga. Tidak hormat pada pasangan masing-masing ke mana sahaja mereka pergi. Kebanyakannya suka guna agama untuk sembunyikan kebenaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUJULOCA (@kuning.langsat)

“Mahu anak faham agama..”

Isteri kepada penyanyi rap, Tuju bukan sahaja mahu menjadi ibu yang baik malah mahu mengajar anak-anaknya tentang kehidupan termasuklah ilmu agama.

Saya nak ajar anak-anak perkara yang saya tak pelajari semasa kecil. Saya nak jadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya mahukan rumah tangga yang indah tanpa hasutan.

Saya mahu anak-anak faham agama dan menjadi orang yang jujur (saya juga sedang belajar). Saya nak sesuatu yang mencabar otak, mewah dengan ilmu pengetahuan dan anak saya pulang ke rumah kepada saya.

Dalam pada itu, dia mengakui terkesan dengan genosid yang terjadi di Palestin dan ia membuka matanya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.