in

“Nabi S.A.W cium pipi sahabatnya” – Respon Makan Dalam Netizen Untuk Individu Yang Anggap 2 Sahabat Ini ‘Sesuatu’

Sahabatt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan zaman sekarang ni hubungan songsang dalam kalangan umat islam memang semakin berleluasa. Tapi itu tak boleh dijadikan teori utama penilaian kita untuk jatuhkan hukum pada seseorang itu jika melihat mereka rapat.


Bila nampak dua lelaki rapat sikit terus dicap ‘sesuatu’, misalnya seperti dua individu ini. Disebabkan hubungan persahabatan mereka terlalu akrab, ada individu yang ‘busuk hati’ katakan mereka ini menjalinkan hubungan sejenis.

 

Aku sayang kau, sahabat dunia akhirat.

Sahabat2Sahabat4

Pemuda bernama Haq ni kongsikan pengorbanan sahabatnya yang sanggup datang dari jauh kerana mahu menemaninya menunaikan solat maghrib di masjid dan mendengar khutbah walaupun letih setelah sehari suntuk menghabiskan masa di kuliah.

“Sanggup dtg dari uia semata2 nak teman aku solat maghrib padahal kelas dia dari pagi sampai petang. last2 tertido masa tazkirah lps maghrib. aku sayang kau, sahabat dunia akhirat”

Tapi, akhirnya rakannya itu terlena di atas bahunya. Terharu dengan pengorbanan rakannya itu, ramai netizen cemburu melihat keakraban mereka. Ini pula respon sahabatnya, Nadz setelah post tersebut viral.

“Nothing makes me happier than being able to be with you no matter how tired I am, my brother. sorry that I keep showing up unexpectedly most of the time without telling you. aku sayang kau juga, sahabat. terima kasih bagi pinjam bahu tadi.”

 

Dianggap ‘sesuatu’

Sahabat

Mungkin melihat gaya mereka terlalu rapat, ia menimbulkan keraguan buat sesetengah individu, lebih-lebih lagi bila tangan pemuda ini diatas peha mereka.

Biasalah zaman sekarang, kita tak boleh nak jangka. Tapi ikut logiklah mereka dalam masjid kot, takkanlah nak buat perkara-perkara terkutuk tu.

Bagaimanapun, tak semua netizen jenis cepat jatuh hukum masih ramai yang backup mereka. Siapa ada yang puji lagi ikatan persahabatan mereka ni.

 

Ada yang peluk cium pundak Nabi Muhammad S.A.W – Netizen

Sahabat5 Sahabat6 Sahabat7 Sahabat8 Sahabat9 Sahabat10

 

Nampak muka jambu sikit gay, nampak orang rapat-rapat sikit gay, biarlah apa orang kata , orang luar takkan faham.

 

Baca :Dunia semakin menakutkan” – Video Pendek Pasal Keluarga ‘Restu’ Pasangan Gay Melayu Buat Netizen Jijik

Gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.