“Nabi pun cari janda kaya” – Gurauan Melampau Warga Twitter Cetus Kemarahan Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Twitter memang satu ‘port’ paling best untuk kita melihat telatah dan karenah pengguna kalau nak troll orang. Kadang-kadang sampai tak terlintas dek fikiran dengan idea sarkastik yang mereka curahkan.

Namun begitu kali ini gurauan yang mereka lakukan ini agak keterlaluan sehingga mencetuskan kemarahan netizen. Gaya mereka yang seolah-olah tak ada sensitiviti, admin sendiri annoyed, ya lah siap mempersendakan nabi kot!

 

“Nabi pun cari janda kaya raya”

Pada mulanya ada orang muat naik satu status sindiran kepada orang-orang zaman sekarang berkenaan dengan definisi ‘kekayaan’.

Disebabkan itu, ada yang memberikan respon sinis terhadap tweet dengan memerli semula tuan empunya badan tu. Biasalah bab-bab sarkastik ni Twitter memang win!

Dari situlah mula meleretnya sindiran sampai ke tahap mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan mempertikaikan beliau berkahwin dengan Siti Khadijah, labelkan orang ‘janda kaya raya’. Biadap!

Jangan kata netizen, admin sendiri pun marah bila baca benda ni. Kalau nak buat lawak pun rasanya tak payah kot sampai nak kaitkan nabi. Macam-macam isu lagi boleh bahaskan

 

Bodoh to the next level – netizen

Hmm, tak salah nak berlawak tapi kalau nak berlawak pun biarlah kena pada tempat. Jangan lah sampai berani-berani buat kenyataan sedemikian. Jaga sensitiviti

 

Baca : Bila Penyanyi K-pop Dikata Nabi Isa a.s, Akaun Troll Ni Dikecam Netizen

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.