in

“Kalau mat salleh je Gunman..Islam mesti Terrorist” – Netizen Bengang Dengan Kenyataan ‘Bias’ Pasal Tragedi Christchurch

Christchurch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat islam, kejadian tembakan secara rambang kepada para jemaah di dua buah Masjid di Christchurch, New Zealand pagi tadi cukup memberi kesan kepada kita.


Insiden menggemparkan itu mendapat liputan akhbar dari seluruh negara. Terbaru, Berita Harian melaporkan sebanyak 49 kematian dicatatkan buat masa ini.

Disebalik kesedihan dan kebimbangan yang dirasai oleh rakyat dari seluruh dunia, ada pula timbul kemarahan apabila satu laporan media ini dikatakan bias dalam melaporkan insiden ini.

 

St
Sumber : facebook

Pasti kita semua sedia maklum bahawa sentimen negatif terhadap agama islam begitu kuat bagi sesetengah golongan, terutamanya mereka yang bukan islam.

Mereka sinonimkan agama islam sebagai keganasan (Terrorism) walhal hakikatnya ia bercanggah daripada apa yang mereka faham.

Isu mula timbul apabila ada satu akhbar tempatan berbahasa Inggeris dari Singapura ini menggunakan istilah yang netizen anggap tidak tepat terhadap suspek yang melakukan tindakan gila itu.

Istillah ‘Gunman’ yang merujuk kepada suspek itu telah mendatangkan rasa kurang senang dan tidak puas hari dalam kalangan netizen, ada yang beragama islam malah ada juga yang bukan.

Mereka menzahirkan rasa geram dan marah dengan mempertikaikan penggunaan ayat tersebut seolah-olah bias, dimana terrorism ini seolah-olah hanya merujuk kepada agama islam sahaja.

 

“Orang kulit putih, Gunaman…Islam, Terrorist” – Netizen

Cc Cc2 Cc3 Cc4 Cc5

Dalam kes ini jelaslah bahawa islam juga mangsa keganasan, mungkin dengan apa yang terjadi ini dapat membuka mata segelintir golongan yang ada persepsi buruk terhadap agama islam ini sekaligus mengubah tanggapan mereka.

Bagaimanapun, Team Lobak Merah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan sama-sama lah kita doakan kesejahteraan pada saudara sesama islam dan mangsa yang maut dalam kejadian ini. Al-fatihah.

 

Baca : “Saya menggeletar… ketakutan” – Insiden Tembakan Rambang Di Christchurch New Zealand, Seorang Mangsa Rakyat Malaysia Dikhuatiri Terbabit

Ccc

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.