in

“Mungkin saya yang hati tisu” – Sentap Kena ‘Halau’, Kembar Faizal Tahir Mohon Maaf Pada Nabil & Neelofa

45388512 2200100543356767 4973716980835024896 O

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sesiapa yang mengikuti program MeleTOP pada minggu lepas, pasti ingat satu slot yang ada kembar Faizal Tahir. Selain paras rupa yang lebih kurang sama, pemuda yang bernama Joe Aziz ini mempunyai bakat meniru gaya selebriti lain.


Tapi beberapa hari lepas, Joe Aziz ada menzahirkan rasa sentap dengan tindakan pengacara Nabil & Neelofa ‘halau’ selepas Faizal Tahir muncul di status Facebook sebelum dipadamkan.

 

“Aku dapat rasa di layan seperti terhina cuma masih boleh control lagi masa tu.. “

“KOMEN JOE AZIZ SELEPAS DIMALUKAN DALAM RANCANGAN MELETOP

Kalau nak ikut kan hati rasanya time live tu nak je.. Cakap ” biar tak popular asalkan tak biadap”
Cuma masih ingat pesan mak aku..
“jadi seperti rumpunan padi, semakin tunduk semakin ianya berisi..”

Pada mulanya aku di hubungi pihak produksi untuk membuat kejutan kepada faizal tahir dengan semangat yang teruja bila akhirnya di temukan wajah yang sering di katakan sama dengan dirinya aku bersetuju untuk terima tawaran ke rancangan MELETOP.

Setelah sampai di set aku di minta dari pihak producer untuk tukar plan kena buat kejutan kepada nabil dan lofa.. Agak pelik jugak aku rasa apa kejadahnya nak buat kejutan dekat host..!!!

Semasa live sesuatu perkara yang di luar jangkaan berlaku nabil fan lofa agak
Krik..krikk..dengan kehadiran aku terpinga-pinga di sebabkan mereka langsung tak tahu tentang kehadiran aku..

Aku dapat rasa di layan seperti terhina cuma masih boleh control lagi masa tu.. Kemudian faizal tahir pun muncul hilang seketika kepedihan di hati.. Ingatkan dapat duduk lama tak sempat faizal tahir nak bertanya aku dah di suruh keluar…

Terasa pedih ooo maruah aku 1 malaysia tengok.. Aku nak jelaskan disini secara terbukanya aku maafkan nabil dan lofa dia tak salah pun cuma aku terkilan dengan cara layanan yang di berikan pada aku.. Nak suruh keluar pun biarlah bercara..penuh adab.

Apa motif sebenarnya pihak producer suruh aku datang..??

Paling aku sedih sebak dalam perjalanan balik mak aku call “kenapa anak mak nabil buat macam tu..” sabar ye jangan sedih-sedih bila anak mak betul nanti ramai yang sayang”

Menitis weii air mata jantan.. Haha
Ok. Lah itu jela yang dapat aku kongsikan perkara sebenar…

Di harap selepas ini tidak akan terjadi lagi kepada mana-mana tetamu jemputan seperti aku.

Terima kasih kepada semua sokongan dari ramai pihak terhadap aku.. Sangat menghargai

Doa yang baik-baik
Pikir yang baik-baik
Mintak yang baik-baik
Yang datang akan baik-baik.

Tulus ikhlas
Joe aziz”

Disebabkan itu, Nabil terima kecaman hebat daripada netizen dengan melabelkan pengacara itu sebagai tidak beradab.

 

Tak ada adab – Netizen

Nabil

Nabil4

Nabil2

Nabil3
Sumber : Facebook

 

Bagaimanapun, Joe terima dengan hati terbuka sebab insiden yang memalukan tu pun dah berlalu dan memaafkan Nabil & Neelofa malah Joe juga turus menjelaskan bahawa mungkin dirinya yang cepat terasa.

Mungkin disebabkan banyak kecaman, Joe turut memohon maaf kepada Nabil & Neelofa terhadap tindakannya itu melalui Facebook LIve.

Nabil & Neelofa tak bersalah

“Isu saya dan juga Nabil, selaku hos dan juga Neelofa. Kelmarin saya dijemput untuk ke MeleTOP. Saya nak beritahu dalam kejadian tu Nabil dan Neelofa tak bersalah, mungkin saya yang terasa hati, hati tisu, hati taman, cepat koyak hati ni, saya sekali lagi menyusun 10 jari. 

Sebenarnya dalam kes ini Nabil tak salah, Neelofa tak salah Mungkin membuatkan Nabil terasa hati terjejas dari segi kerjanya dan juag Neelofa saya. Kepada peminat Nabil dan Neelofa saya sekali lagi, saya minta maaf ya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki”

Dalam pada masa yang sama,  Joe juga menyatakan bahawa mungkin dia merasakan dirinya terlalu sensitif dengan gurauan itu.

Itu sebab Joe tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini bagi memulihkan reputasi Nabil dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.

 

Baca : “Lawak Nabil suruh langsuir duduk tepi Caliph Busker biadab!”

Page 4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.