in

“Lawak Nabil suruh langsuir duduk tepi Caliph Busker biadab!”

Page 4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lawak Nabil Ahmad ada kalanya tidak diterima ramai.


Menurut Cari, baru-baru ni Nabil didakwa tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak semasa sedang mengacarakan rancangan MeleTOP. 

M7
sumber: youtube

Semasa rancangan tersebut, terdapat gimik di mana hantu langsuir datang ke studio MeleTOP bagi mempromosikan Filem Langsuir. Bila set tiba-tiba gelap semua pun terperanjat dan bila munculnya langsuir tu, terkejutlah dua-dua hos rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan Nabil lepas tu dihentam ramai sebab gurauannya itu dianggap biadab dan keterlaluan.

“Bawak dia dekat Caliph Buskers, dorang tak tau.”

Semua pun tahu kumpulan Caliph Buskers terdiri daripada ahli yang merupakan OKU cacat penglihatan. Jadi bila komen macam tu keluar dari mulutnya ramai yang tak puas hati.

M6
sumber: youtube

Walau bagaimanapun, Nabil tampil dan mengatakan apa yang dikatakannya tu bukan bertujuan nak menghina. Menurut Harian Metro, Nabil memberitahu bahawa tindakannya itu adalah sekadar mengusik dan disalah anggap segelintir pihak.

“Caliph Buskers sudah bersama saya dan program ini selama enam tahun. Jadi kami sudah biasa dan faham cara kerja masing-masing.

“Memandangkan mereka sebahagian daripada program ini, jadi saya kena gunakan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku di set. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada ayat itu.

“Hanya mereka yang berfikir negatif dan kebudak-budakan saja menganggap ia keterlaluan. Lagi satu, kenapa tidak salahkan orang lain yang turut ketawa?”

Niatnya sekadar gurauan je. Takpe jadikan ni sebagai pengajaran.

Baca: “Sedih betul tengok Lofa sekarang…” – Netizen Tegur Cara Neelofa Bertudung di MeleTOP

E1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.