in

Anak Tempatan Ini Berhenti Sekolah Setakat Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu!

Pp1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masyarakat kita sering memberikan tanggapan negatif kepada individu yang tidak menamatkan pelajaran dan tidak habis belajar. Pun begitu, lelaki ini menepis segala persepsi negatif apabila dapat membuktikan bahawa dia berjaya dalam hidup walaupun tidak memiliki pendidikan yang tinggi seperti orang lain.

Dengan visi dan keazaman yang tinggi, lelaki dikenali sebagai Saipol Azmir Zainuddin berjaya menjadi seorang penternak lembu berpendapatan tinggi walaupun hanya bersekolah setakat Darjah 6. Nekad untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pengembala, Saipol mengambil keputusan untuk berhenti sekolah pada usia yang muda.


Pp3
sumber: blog

“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian saya sejak kecil.”

“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” kata Saipol lagi.

Berkat kegigihan dan usaha keras, gaji pertama yang diperolehi Saipol adalah sebanyak RM750. Bijak menguruskan wang demi masa depan, Saipol menggunakan duit tersebut untuk membeli seekor anak lembu berharga RM450. Setiap bulan, Saipol menggunakan duit gajinya bagi membeli seekor anak lembu sehingga berusia 18 tahun.

Pp2
sumber: blog

“Masa umur saya 18 tahun, saya dah ada 300 ekor lembu. Waktu tu dengan bantuan ayah, saya ternak dan jual lembu kepada orang-orang kampung. Duit yang dapat hasil keuntungan jualan lembu saya simpan kerana impian saya adalah untuk memiliki ladang ternakan sendiri.”

Ketika berumur 19 tahun, Saipol mula menjual lembu sepenuh masa dan keadaan kewangannya cukup stabil sehingga dia mampu memiliki sebuah rumah dan kereta sendiri. Saipol yang sudah berusia 33 tahun kini layak digelar jutawan lembu kerana berjaya memperolehi pendapatan hasil jualan lebih RM1 Juta pada tahun lalu!

Pp1
sumber: blog

Tidak perlu merendah diri jika kita tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Setiap insan yang berusaha dan tidak berputus asa pasti akan menemui kejayaan….

Baca: Wow! Kanak-kanak Lelaki Ini Menjadi Jutawan Pada Usia 6 Tahun. Ini Rahsianya…

Yass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.