in

“Mungkin lama dia pendam” – Suami Didakwa Curang, Isteri Lepas Geram & Bertekak Dengan ‘Penyondol’

Gaduh 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ada isu berkait dengan masalah rumah tangga, salah satu puncanya adalah kewujudan orang ketiga atau lebih sinonim dengan panggilan ‘penyondol’.


Baru-baru ini, satu video yang tular di X memaparkan seorang wanita melepaskan geram kepada seorang ‘penyondol’ kerana didakwa telah menjalinkan hubungan istimewa dengan suaminya.

Penyondol tak nak kalah!

Dalam video tersebut, si isteri sedang memarahi ‘penyondol’ itu dan berkali-kali memberitahu dia dan suami masih lagi pasangan yang sah. Namun, ‘penyondol’ berkenaan masih membalas kata-kata si isteri tanpa rasa bersalah.

Artikel berkaitan: “Bertahun I doa nak dapat restu dia” –  Penyondol Bagi Tips Buat Wanita Yang Nak Kahwin Dengan Suami Orang

Artikel berkaitan: “Saya suka dengan apa yang saya buat” – Wanita Bangga Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami

Disebabkan terlalu marah dan hampir menyerang ‘penyondol’ itu, si isteri hanya mampu menengking ‘penyondol’ berkenaan dari jauh sambil tangannya dipegang erat oleh suaminya sendiri.

Tidak lama kemudian, beberapa orang wanita lain telah membawa ‘penyondol’ itu pergi dari tempat tersebut sebelum perkara yang lebih buruk terjadi.

Dah ada anak, masih nak curang?

Video tersebut dirakam oleh seseorang yang juga sempat memarahi si suami yang tidak bertanggungjawab itu. Dia berkata, anak mereka sudah tahu mengenai perkara tersebut.

Anak dah tengok banyak kali. Tak perlu halang pun. Banyak kali dah.

Walaupun telah dibawa jauh dari tempat itu, si isteri masih lagi menengking ‘penyondol’ itu dan juga memarahi suaminya yang sudah curang dengan perempuan lain. Kejadian yang berlaku itu membuatkan orang sekeliling yang lalu di kawasan tersebut tertanya-tanya mengenai hal yang terjadi.

Gaduh 7

Menjengah di ruangan balas, ramai memberi pendapat tentang video tersebut.

Gaduh 1

Harap kes ni selesai dengan baiklah…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.