in

“Bertahun I doa nak dapat restu dia” – Penyondol Bagi Tips Buat Wanita Yang Nak Kahwin Dengan Suami Orang

Ft Penyondol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelik manusia zaman sekarang, kita semua dah tahu menjadi ‘penyondol’ ini adalah satu perkara yang ramai orang kita tak boleh terima.

Baru-baru ini, ada seorang anon yang merupakan seorang ‘penyondol’ buat satu perkongsian tips yang telah membuatkan ramai netizen  naik angin.


Artikel Berkaitan : “Saya suka dengan apa yang saya buat” – Wanita Bangga Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami

Artikel Berkaitan : Kecoh! Melly Goeslaw Tiba-tiba Dituduh Jadi Penyondol Rumah Tangga Orang 15 Tahun Dulu

Si anon tersebut menceritakan bahawa detik perkenalannya dengan suaminya yang pada itu sudah mempunyai isteri dan seorang anak, pada waktu perkenalan si isteri itu sedang mengandungkan anak kedua.

Wanita ini sama tempat kerja dengan si suami tersebut, katanya suami itu sedang menjalani hubungan jarak jauh dengan isterinya yang tinggal di Pahang.

“Nak dipendekkan cerita, kitaorang fall in love dan nak berkahwin. Memang isteri pertama tak bagi siap datang jumpa I dan sepak I. But I ignore all that, I sabar sebab nakkan restu dia.”

Malah isteri kepada si suami itu siap hubungi ibu bapa wanita ini agar dapat menasihatinya untuk tinggalkan suami dia.

“Parents I pun tak cakap apa-apa just minta dia sabar, end up I kahwin dekat seberang sebab isteri pertama masih tak setuju.”

Walaubagaimanapun, selepas mereka pulang ke Malaysia, si anon ini sudah mengandung sampailah satu hari dia menerima panggilan dariapda si isteri pertama menerusi suami mereka.

“I memang takut sebab I tengah mengandung, takut dia maki dan emosi I tak stabil. Malam tu malam nisfu syaaban, dia call I. Husband ada pesan, kalau dengar je dia maki terus end call jangan lawan.”

Tanpa diduga isteri pertama ajak si anon ini berbaik, si anon rasa terharu dan sebak kerana bertahun dia berdoa untuk mendapat restu isteri pertama.

“I ada tanya kenapa boleh nak berbaik, dia cakap sebab dia pun berdoa kat Allah untuk buka hati dia nak terima I dan asbab I sendiri tak pernah cakap buruk pasal dia, tak pernah melawan dia.”

Malah dia menjelaskan bahawa dah bermacam-macam dugaan dilalui termasuklah pernah kena viralkan, namun wanita ini hanya mendiamkan diri sebab tahu dirinya yang salah.

Selepas mereka berbaik, wanita ini dan madunya kini sudah berkawan baik dan anak-anak isteri pertama itu suka pada anaknya. Dengan apa yang dia lalui, si anon menasihati mana-mana wanita yang jatuh cinta dengan suami orang agar tidak berputus asa untuk berdoa.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa perkongsian ini bukanlah untuk menggalakkan ramai wanita jadi penyondol tapi untuk mereka yang dah terlanjur cinta pada suami orang dan tak dapat restu isterinya.

Perkongsian ini tular dan rata-rata telah membuatkan ramai netizen naik angin apabila membaca perkongsian tersebut.

Penyondol Penyondol 3

Apa pendapat korang pasal tips dan perkongsian ini?

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.