Ketika ini, hangat diperkatakan mengenai isu orang ketiga atau lebih sinonim dengan gelaran ‘penyondol’ yang pastinya membuatkan ramai kaum wanita emosi.
Ceritanya, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Perbuatan curang boleh terjadi apabila kedua-dua pihak suka melayan dan dilayan.
Seperti video yang dikongsikan ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Yaya mengaku dirinya merupakan penyondol atau orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.
Artikel berkaitan: “Dah istikharah, Allah tunjuk muka isteri saya” – Lelaki Dedah Ada Suami Orang Nak Rampas Isteri & Anak-anaknya
Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut” – Ustaz Kazim Tak Setuju Wanita Kahwin Suami Orang Dilabel ‘Penyondol’
Perkara itu didedahkan menerusi segmen 3 Pagi ERA yang dikendalikan oleh penyampai radio berkenaan iaitu Radin, Azad dan Nabil Ahmad.
Tidak pasti topik apa yang dibincangkan, tetapi perkongsian wanita itu yang bangga menjadi perampas suami orang membuatkan penyampai radio tergamam.
View this post on Instagram
“I pun malu nak mengaku tapi disebabkan cinta tu I rasa siapa-siapa yang berada di tempat I pun mungkin dia rasa benda yang sama.“Macam partner I, dia dengan isteri dia, I tahu memang sosial media dekat IG semua hebat, gempak, memang anak beranak semua happy pergi sana sini tapi hakikatnya I sahaja yang tahu betapa deritanya partner I dengan isteri dia,” katanya.
Dia juga memberitahu status di media sosial bukanlah penentu kebahagiaan seseorang kerana tidak semua yang dipaparkan adalah kehidupan sebenar.
“Tapi mungkin sebab belum rezeki mereka untuk berpisah, I don’t know lah. Tapi I suka dengan apa yang I buat ni,” katanya.
Ketika ditanya mengenai status hubungannya, wanita itu menjawab dia masih belum berkahwin dengan lelaki itu kerana tidak mahu berpoligami.
“I tak nak berpoligami bukan sebab I tak tahu dia mampu atau tidak, tapi I tak suka share,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga tidak kisah untuk memuat naik gambar mereka ke media sosial tetapi akan menyunting sosok lelaki itu supaya tidak terbongkar.
Hmm, berani betul ya buat pengakuan sebegitu…
Sumber: Instagram