in

“Mungkin Allah nak tunjuk supaya reti bersyukur” – [VIDEO] Obses Pakai Lens, Gadis Kongsi Kisah Dijangkiti Kuman Pada Mata

Fi Lens

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun atau kabur ni suka untuk pakai cermin mata disebabkan ada bagi alasan ia kurang selesa.


Jadinya ramai yang ambil inisiatif untuk memakai contact lens di mata kerana lebih mudah, selain dapat digayakan dengan cantik kerana terdapat pelbagai warna menarik.

 

Terlampau ketagih pakai contact lens

Namun baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok ada berkongsi kisahnya apabila dia mengakui terlampau ‘ketagih’ memakai lens.

Mesti ramai tahu bahawa contact lens amat sensitif dan cara penjagaannya juga perlulah betul-betul teliti supaya tidak memudaratkan kesihatan mata kita. Walau bagaimanapun , malang tak berbau menimpa gadis bernama Nana ini kerana tabiatnya yang sering memakai lens.

 

Lens 3

 

Tak boleh buka mata pada waktu pagi

Perkara buruk ini bermula apabila Nana, menghadiri sebuah majlis di rumah saudaranya dan memakai lens dalam tempoh lebih kurang 3 jam. Pada keesokan paginya, dia terjaga dari tidur dan mendapati dia tak boleh nak buka matanya. Lalu Nana terus mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat matanya membengkak dan berair, berpunca kerana jangkitan kuman daripada lens tersebut.

Posting tersebut terus mendapat perhatian ramai dan telah memperoleh lebih dari 600k views serta ribuan komen.

@nanameyy

Semoga dijadikan pengajaran untuk awak semua?#fypシ

♬ bunyi asal – Nanaaketuww – Nanaaketuww

 

“Takut nak pakai dah”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata apa dah berlaku ni betul-betul menyedarkan netizen yang melihat kerana ada yang risau untuk menggunakan lens. Tetapi ramai juga yang prihatin dan turut berkongsi cara serta tips sebenar untuk penjagaan contact lens ini.

Rak Lens 1 Edit

Rak Lens 2 Edit

Rak Lens 3 Edit

Apa-apa pun, korang jaga diri masing-masing dengan elok ya. Sentiasa jaga kebersihan tambah lagi dalam musim pandemik ni. Stay Safe!

 

Baca : “Saya nak bagi slot saya” – Sedih Gadis Tak Dapat Tempah Vaksin Untuk Ibu, Wanita Sanggup Tawarkan Slot Miliknya

Foot Lens

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.