in

“Mulianya hati pakcik” – Pakcik Shell Bagi Kerja & Tempat Tinggal Kepada Pemuda Gelandangan Lepas Mak Meninggal

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita kadang-kadang terlupa nak bersyukur, walaupun tak kaya, sekurang-kurangnya ada juga tempat yang selesa untuk kita tidur dan berteduh.


Baru-baru ini, Pengarah Urusan Shell Trading Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih mesra di kalangan netizen dengan gelaran Pakcik Shell telah kongsikan di Instagram peribadinya mengenai kisah seorang pemuda yang terpaksa tidur di tepi jalan selepas ibunya meninggal.

Menurut Pakcik Shell, ketika dalam perjalanan dia pulang bekerja, dia terserempak dengan seorang pemuda yang sedang mengumpul barang kitar semula untuk dijual.

Screenshot 2020 10 09 At 2.20.47 Pm

Pemuda bernama Shahril ini dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya selepas ibu kandungnya meninggal dunia dan tidur di sudut bangunan beralaskan kadbod sambil mencari barang kitar semula untuk mencari sesuap nasi.

Kerana sedih dengan kehidupan Shahril ini, Pakcik Shell telah carikan stesen yang sediakan hostel supaya pemuda itu boleh bekerja dan tinggal di hostel yang disediakan.

Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.”

View this post on Instagram

dlm perjalan balik kerja terserempak dgn seorang adik. bila pakcik tanya tgh buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula utk dijual. bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini. setiap hidup kita tentunya ada cabaran. adik shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal. bila kita rasa susah, percayalah ada yg sedang diuji lebih dari kita. #gengpakcikshell insyaAllah sudah dapatkan kerja kat stesen yg ada hostel utk adik shahril sbb dia cakap dia nak kerja. malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja. kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak. ?? we are sincerely run by malaysians, for malaysians ??

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell) on

Pakcik Shell turut meminta orang ramai untuk doakan agar urusan Shahril dipermudahkan dan moga dia boleh mendapat kejayaan seperti orang lain.

Sebenarnya, ramai lagi gelandangan yang terpaksa hidup di jalanan dekat Malaysia ni. Harapnya ramai lagi orang yang berhati mulia macam Pakcik Shell ni dan dapat membantu orang-orang yang tengah susah.

Amin…

 

Baca: “Mula dari bawah” – Ini Kisah Inspirasi Shairan Huzaini Sebelum Pegang Jawatan Tinggi Dalam Shell Malaysia

 

Screenshot 2020 10 09 At 2.17.44 Pm

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.