in

“Kawan terbaik!” – Pelajar Kendong Sahabat OKU Dari Rumah ke Kelas Sejak Usia 6 Tahun

Kendong Kawan Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini baru betul kawan sejati namanya!


Terima kasih kepada pelajar berusia 12 tahun dari Sichuan, China ni kerana kegigihan dan usaha dia untuk kendong kawan baiknya ke sekolah setiap hari. Menurut Daily Mail, Xu Bingyang bantu sahabatnya, Zhang Ze untuk ke sekolah sejak 6 tahun lepas.

Tak kira macam mana keadaan cuaca pada hari tu, Bingyang tetap akan kendong Ze agar kawan baiknya tu tidak ketinggalan dalam pelajaran. Bukan itu saja, Bingyang juga akan tolong belikan makanan serta bawa Ze ke mana-mana termasuklah ke tandas dan bila kena tukar bilik darjah.

Kendong 6

Kendong 3

Kendong 4
sumber: sichuan online

Menurut laporan, Ze disahkan menghidap masalah otot yang rare dinamakan myasthenia gravis dan ianya tiada ubat. Disebabkan itu, Ze hilang kawalan otot di kakinya, membuatkan dia sukar untuk berjalan sendiri.

Bingyang yang lebih tinggi dan kuat daripada Ze itu beritahu wartawan yang dia ikhlas berbuat sedemikian dan menurutnya, mengendong rakan baiknya itu sangat mudah memandangkan Ze lebih ringan.

Berat saya lebih 40 kilogram dan berat Zhang Ze hanya lebih kurang 25 kilogram, tiada masalah untuk saya kendong dia.”

Kendong 2

Kendong 1
sumber: sichuan online

Ze pula akui sangat bersyukur mempunyai kawan sebaik itu yang sentiasa ikhlas membantunya. Kata Ze,

Xu Bingyang adalah kawan baik saya. Setiap hari, dia belajar, bersembang dan bermain dengan saya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjaga saya setiap hari.”

Guru mereka di sekolah juga memuji kebaikan yang dibuat oleh Bingyang terhadap kawannya tanpa pernah mengeluh. Menurut salah seorang guru mereka,

Selama bertahun-tahun, Xu sentiasa buat kebaikan dan tidak pernah mengadu di hadapan guru atau rakan kelasnya.”

Carilah kawan sebaik dan seikhlas ni. Tapi jangan ambil kesempatan pulak!

Baca: Sanggup Kendong Isteri Lumpuh Untuk Melancong Bersama

I Love You

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.