in

“Lelaki tak boleh main-main dengan talak!” – Diugut Girlfriend Nak Sebar Mesej Lucah, Suami ‘Terpaksa’ Lafaz Talak 3 Pada Isteri

Curang Cerai Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa di dalam dunia ini mahukan perkahwinan yang tidak bahagia. Oleh sebab itulah sesetengah pasangan berpisah dan memilih jalan untuk bercerai.


Namun penceraian ini lebih pedih kalau ia melibatkan orang ketiga dan lebih perit kalau si suami tu tak berniat pun nak bercerai tapi dek kerana nak menjaga hati ‘girlfriend’, si suami ‘terlafaz’ cerai talak tiga pada isterinya! Allahu… 

 

“Lelaki tak boleh main-main dengan talak! Boleh lah semua ambik pengajaran ya. Ni kes yang berlaku di Mahkamah” 

Menerusi posting Twitter seorang intern di mahkamah bernama Emy, dia berkongsi sebuah kes penceraian berkaitan cerai talak tiga sepasang suami isteri.

Kata Emy, pada awalnya si suami ini malu nak beritahu sebab kenapa dia cerai talak tiga kepada isterinya. Tapi bila disoal hakim, rupanya-rupanya… admin tepuk kepala bila baca!

Lelaki 1

1 5

2 3

3 3

4 1
sumber: twitter

 

“Saya terpaksa. Kekasih saya nak sebarkan mesej berbaur lucah saya dengan dia kepada family dan isteri saya” 

5 2

6 2

7 2

8 1
sumber: twitter

 

“Segak kot weh. Lembut ja muka tenang ja si isteri, tergamak laki dia curang…” 

Cu 1

Cu 2

Cu 3

Cu 4
sumber: twitter

Sedih bukan nasib yang menimpa pasangan ni? Sebab tu lah kaum lelaki semua diingatkan, sebelum buat apa-apa perkara atau lafazkan bab-bab berkaitan cerai ni, fikir dulu semasak-masaknya.

Kerana pentingkan teman wanita yang entah apa-apa tu, tak pasal-pasal ‘tercerai’ isteri sampai talak tiga. Nak kahwin kembali pun tak boleh dah. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. 

Baca: Lelaki Ceraikan Isteri & Abai Anak-anak Sebab Ada Makwe Lain, Tapi Bila Isteri Dah Kaya…

Sedih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.