Mula ‘Mengorat’ Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun, Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri

Tambah ke Sumber Pilihan
Mula ‘Mengorat’ Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun, Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri

Viral di internet tentang kisah percintaan seorang murid bersama guru di sekolah selama 7 tahun hingga akhirnya ke jinjang pelamin. Siapa sangka, bermula dengan terpesona melihat guru sendiri, akhirnya menjadi suami. Jom baca kisah percintaan pasangan ini…

Detik pertemuan


Vinda Virginia, 20, masih bersekolah ketika dia bertemu dengan Erwin Pangaila,34, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 2 Tenga, Kabupaten Minahasa Selatan pada tahun 2011.

Sekolah 1

Kahwin 3
Sumber: Blog

Mengimbau detik itu, Virginia menceritakan yang dia mula terkesima dan jatuh cinta melihat Erwin ketika satu acara berlangsung di sekolah.

“Ianya terjadi pada Hari Isnin. Pada waktu tu ada upacara bendera dan saya seperti terpesona melihat dia.”

Virginia yang berusia 13 tahun pada ketika itu akui jatuh hati dengan wajah kacak dimiliki Erwin, malah sebenarnya memang ramai pelajar perempuan menyenangi guru tersebut.

Makin kenal satu sama lain

Kedua-duanya mula mengenali satu sama lain apabila Erwin yang berusia 27 tahun ketika itu ditugaskan untuk mengajar satu mata pelajaran di dalam kelas Virginia. Pada ketika itulah, mereka berdua mula menyukai dan berlarutan hingga menjalinkan hubungan cinta.

Sekolah 2
Sumber: Blog
Sekolah 6
Sumber: Blog

Hari-hari dihantar ke sekolah

Selepas tamat belajar di SMP Negeri 2 Tenga, Virginia melanjutkan persekolahan di SMK Negeri 1 Amurang. Jarang sekolah itu dari rumahnya dikatakan agak jauh namun setiap hari Virginia akan dihantar ke sekolah oleh kekasih hatinya itu.

“Hampir setiap hari dia (Erwin) menghantar saya ke Amurang. Rakan-rakan setiap hari nampak dan saya tidak malu memberitahu Erwin adalah kekasih saya.”

Bukan setakat hantar ke sekolah, Erwin juga dengan setia menjemput Virginia pulang selepas waktu persekolahan. Situasi tu berlaku setiap hari sehingga dia tamat bersekolah di Amurang.

Sekolah 5
Sumber: Facebook
Sekolah 4
Sumber: Blog

Hubungan terhalang

Menurut Virginia, selama menjalin hubungan dengan Erwin, bermacam jenis dugaan dan rintangan yang mereka lalui. Sebagai contoh, katanya ada pihak yang tidak bersetuju dengan hubungan cinta mereka berdua.

Virginia 1

Virginia 3
Sumber: Facebook

Akhirnya berkahwin

Selepas 7 tahun menyulam cinta, pasangan kekasih ini akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 5 Oktober 2018 di sebuah gereja disaksikan ahli keluarga dan teman rapat.

“Ini hanya pertolongan Tuhan kami bisa menjaga cinta ini sampai menikah 5 Oktober 2018,” kata Erwin.

Kahwin 1 1
Sumber: Blog
Kahwin
Sumber: Blog

Jadi Terkenal

Dek kerana sering memuji pasangan di Facebook, kedua-dua mereka menjadi perhatian ramai warga internet di Indonesia. Malah, gambar perkahwinan mereka juga turut viral di media sosial sekaligus membuka kisah cinta unik mereka berdua ini.

Kahwin 4 1

Kahwin 3

Kahwin 2 1
Sumber: Facebook

Baca: Dulu Cikgu, Sekarang Imamku…

Kahwin

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Mula ‘Mengorat’ Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun, Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mula-mengorat-cikgu-sendiri-pada-usia-13-tahun-selepas-7-tahun-jadi-suami-isteri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM