in

Dulu Cikgu, Sekarang Imamku…

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pernah terfikir jodoh dia dengan cikgu sendiri?


Baru-baru ni heboh pasal pelajar simpan duit syiling sebab nak kahwin dengan cikgu Fizik dia, this time tular cerita tentang seorang guru Fizik lelaki kahwin dengan anak murid perempuan pulak.

Entri pasal perkahwinan dorang ni viral lepas guru dikenali sebagai Muhammad Shamsul Bahari Abdul Rani tu memuat naik gambar perkahwinannya bersama pelajar perempuan tersebut di Twitter.

5 1
sumber: twitter
1 10 3
sumber: twitter

Perkenalan Shamsul dan isterinya dikatakan bermula ketika guru berusia 32 tahun ni mengajar subjek Fizik di sebuah pusat tuisyen swasta di Kulim, Kedah. Isterinya yang dikenali sebagai Intan Syazwani Mohd Hairizan mengikuti kelas tuisyen Shamsul sewaktu berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

Kira-kira empat tahun selepas tu mereka mula berkenalan secara rapat apabila Intan yang berusia 20 tahun follow Cikgu Shamsul kat Instagram awal tahun ni. 

Tips
sumber: twitter

“Masa mengajar tuisyen tu tak rasa apa-apa sebab saya dah berumah tangga, tapi jodoh tak panjang.” 

“Dia ada add saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain.”

4 8 1
sumber: twitter

Menurut Shamsul, hubungan mereka mula rapat lepas Intan membalas instastory dia dengan kata-kata “Cikgu, handsome“. Jarak umur 12 tahun antara dorang tak jadi penghalang hubungan sebab katanya Intan seorang yang matang dan pandai berdikari.

“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.”

Dada 1
sumber: mstar

Perkahwinan pasangan ni berlangsung di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim pada 18 Ogos yang lalu dan tak putus-putus terima ucapan tahniah daripada pelajar-pelajar Shamsul yang lain.

Tahniah
sumber: twitter

Tahniah untuk kedua mempelai! Semoga bahagia hingga ke anak cucu!

Baca: Model Popular Thailand Tak Kisah Kekasih Pemandu Tuk-tuk

Ewahjs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.