in

“Mukanya berwajah Asia” – Bapa Biologi Anak Bakal Terjawab, Rihana Oksana Fail Petisyen

Riha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teka-teki mengenai bapa kandung anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko bakal terjawab apabila bekas ratu cantik Moscow itu memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky.


Perbalahan mengenai status anaknya itu akan diputuskan mahkamah – dimana hakim mungkin akan memerintahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalani ujian DNA.

Memetik laporan akhbar Britain, Daily Mail, petisyen berkenaan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Oksana, 27 tahun, sebelum ini enggan meneruskan kes berkenaan kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan baik.

Rihana Oksana Gorbatenko And Sultan Muhammad V During Their Wedding

“Bagaimanapun sekarang dia memfailkan semula tuntutan paterniti selepas tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian, termasuk elaun bulanan anak sebanyak £24,000 sebulan, sebuah apartmen berharga £1.2juta di Moscow dan selepas itu rumah berharga £8 juta di London,” petik Daily Mail.

Ia susulan penafian peguam Sultan Muhammad V yang menolak dakwaan statusnya sebagai bapa biologi anak Oksana, tiga bulan lalu.

Akhbar berkenaan juga berkata, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA.

Oksana menegaskan anaknya, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata beliau dalam satu temu bual sebelum ini dengan menegaskan anaknya merupakan hasil perkahwinan mereka.

Baca: “Boleh buat DNA test” – Rihana Oksana Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku, Minta Lakukan Ujian DNA Untuk Kepastian

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.