“Muka toya je” – [VIDEO] Wanita Geram Tunggu 30 Minit Gara-Gara Kereta Halang Tempat Parkir

Tambah ke Sumber Pilihan
“Muka toya je” – [VIDEO] Wanita Geram Tunggu 30 Minit Gara-Gara Kereta Halang Tempat Parkir

Dekat Malaysia tak sah kalau tiada pengguna jalan raya yang bersikap mementingkan diri sendiri serta boleh menyusahkan orang lain. Ada pengguna yang sanggup meletak kenderaan mereka di tempat parkir OKU, tak beri tempat duduk kepada orang memerlukan dan banyak lagi. Kalau sebut satu persatu sampai esok tak habis!

Sama jugalah situasi yang dialami oleh seorang wanita ini apabila suaminya sendiri ada memuat naik satu video di Facebooknya Shahrudin MA Suhilee berkongsi tentang pemandu tiada common sense.


https://www.facebook.com/100000797324549/posts/5050434141659780/

Dalam posting tersebut, suaminya yang lebih dikenali sebagai Shahrudin memaklumkan yang pengguna kenderaan yang suka ‘double park’ terutama sekali di kawasan hospital yang padat perlulah bersikap tidak mementingkan diri sendiri iaitu dengan letakkan nombor telefon pada cermin kereta.

Kena tunggu 30 minit, bila sampai terhegeh-hegeh pula masuk kereta

Menurutnya lagi, isterinya terpaksa menunggu hampir 30 minit bagi pemandu kereta yang menghalang laluannya untuk beransur keluar. Isterinya juga hampir menangis sebab banyak urusan tergendala terutamanya nak ambil anak sekolah dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyakitkan hati lagi bila sampai sahaja pemandu wanita yang halang tempat parkir tersebut, dia nampak langsung tak panik atau tergopoh gapah masuk dalam kereta malah sempat letakkan barang-barang yang dibawanya di tempat duduk belakang kereta.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut geram dan terkilan dengan sikap pemandu terbabit. Ada juga yang memuji wanita tersebut yang sabar dalam mengendalikan situasi ini.

“Terhegeh-hegehnya masuk kereta” – Komen netizen

Komen PemanduSumber: TikTok

Sekurang-kurangnya, minta maaflah bila kita sedar kesilapan kita dan jangan ulang lagi pada masa akan datang!

Baca: “Tuang je” – Netizen Puas Hati Tengok Myvi Double Park Kena Tindih Dengan Tong Sampah

Myvi

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izzah Iyazi
Lagi tulisan Izzah
Pelajar tahun akhir komunikasi dan pengajian media (perhubungan awam) dari UiTM Shah Alam, berumur 23 tahun dan berminat dalam bidang penulisan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Muka toya je” – [VIDEO] Wanita Geram Tunggu 30 Minit Gara-Gara Kereta Halang Tempat Parkir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/muka-toya-je-video-wanita-geram-tunggu-30-minit-gara-gara-kereta-halang-tempat-parkir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM