in

“Tuang je” – Netizen Puas Hati Tengok Myvi Double Park Kena Tindih Dengan Tong Sampah

Ft Myvi Putih Kena Tindih Tong Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan nak cari tempat parking masa tengah waktu-waktu puncak. Kadang-kadang bila sampai awal di lokasi urusan tapi disebabkan hal ini ia membuatkan kita jadi lewat.



Disebabkan itu, nak tak nak kenalah double park, tapi untuk membuat tindakan ini, perlu kena letakkan kereta dengan mode N atau letak nombor telefon jika keadaan jalan tidak mengizinkan.

Ia pasti akan menjadi satu masalah buat mereka yang dihalang jika tidak melakukan perkara tersebut. Misalnya seperti kes yang terjadi di Kuchai Lama pada baru-baru ini dimana ada sebuah kereta Myvi double park keretanya tanpa sebarang nombor untuk dihubungi.

 

Double park, tak letak nombor

Double Park Kereta

Dalam perkongsian Facebook Malaysia Automotive Shitposting pada Rabu (18 Mei) lepas, pemilik kereta yang dihalang itu telah membunyikan hon selama 35 hingga 40 minit.

Sakit telinga mendengarnya, saksi yang merakamkan gambar ini membuat keputusan untuk ‘denda’ kereta KING itu dengan meletakkan 2 tong sampah besar, satu dekat atas bumbung kereta, satu lagi dekat bonet depan.

Double Park Kereta 2

Ramai netizen yang melihatnya rasa puas hati dan terhibur melihat keadaan kereta tu. Ada juga yang sokong dan kalau boleh ‘buat’ lebih lagi dekat kereta itu.

Bagi mereka seandainya jika kereta yang dihalang itu berada dalam keadaan kecemasan, mereka rasa memang wajar untuk pecahkan cermin kereta tersebut.

Screenshot 2022 05 20 161939 Screenshot 2022 05 20 161954 Screenshot 2022 05 20 162008

Screenshot 2022 05 20 162349

Hurm, kan dah mendapat tak pasal-pasal dapat malu, kena hadap bau busuk lagi, seeloknya elakkan lah diri daripada buat double park ni.

Baca : [VIDEO] Gara-gara ‘Double Park’, Ramai Terkejut Wanita Patahkan Side-Mirror & Rosakkan Kereta Orang

Page Kereta

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.