in

“Muka mekap macam tu nak bawak bertukang?”

Baa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Muka mekap macam tu nak bawak bertukang?"
Loading
/

Seperti yang kita sedia maklum, nak buat iklan yang tarik perhatian orang ramai kenalah masukkan elemen yang menarik kan.  Syarikat pembekal frame pintu kayu baru-baru ini dah apply elemen tersebut dan berkongsi iklan yang menarik tentang syarikat mereka di laman Instagram dan kini viral di media sosial.


Video berdurasi seminit itu dihiasi dengan gadis-gadis dengan paras rupa yang menarik kelihatan sibuk bertukang bagi menyiapkan frame pintu untuk memenuhi kehendak pelanggan syarikat mereka.

Iklan ni dapat pelbagai reaksi daripada netizen kerana gadis-gadis yang ada dalam iklan tu semua lengkap bermekap macam retis tapi buat kerja-kerja berat macam memotong kayu! Tak masuk akal langsung! Cair mekap nanti tauuu!

Kay 1 E1529988709227
sumber: facebook

Ada juga netizen yang mempertikaikan safety measure yang meragukan dalam video ini. Jangan main-main kerja kat kilang kayu, banyak peraturan dia tau!

Kayy
sumber: facebook

Walaupun tak masuk akal, admin rasa teknik pemasaran yang diterapkan oleh syarikat ni berjaya buat ramai orang tertarik nak komen dan tengok iklan tersebut. Boleh cuba lagi lah eh buat iklan macam ni! 

Bak kata iklan tu tadi, “Rasanya frame pintu ini dibuat dengan kasih sayang tak?”. Jadi, sesiapa yang rasa kurang kasih sayang bolehlah mula tempah frame pintu baru. Tak dapat gadis-gadis tu, dapat frame pintu baru pun jadilah!

Baca: [VIDEO] Iklan Produk Lokal Teruk Dihentam Kerana Hina Wanita Gemuk

Kay9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.