in

“Muka hensem tapi…” – Lelaki Badan Sado Tergamak Curi Beg Abang Grab Ketika Sedang Solat Berjemaah Di Surau

Laknatullah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah mencuri ni boleh berlaku kat mana-mana saja, tak kiralah sama ada kes samun di tepi jalan atau seluk saku di tempat ramai orang. Malah lebih mengejutkan, di ‘rumah Allah’ pun ada yang berani mencuri!


Menerusi perkongsian video di Facebook Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah, kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa dan berwajah kacak mencuri beg milik seorang abang Grab Food ketika mereka sedang bersolat jemaah. 

 

“Aduh macam-macam dunia ni. Muka hensem tapi…” 

Menurut caption pada video tersebut, abang Grab Food tersebut telah meletakkan seluarnya dan barang-barang peribadi macam kunci motor, handphone dan wallet di dalam beg tersebut.

Ketika sedang khusyuk solat berjemaah di dalam surau, lelaki yang bersolat di sebelahnya tiba-tiba bangun dan mencapai beg abang Grab tersebut. Tanpa rasa malu dan bersalah, lelaki tu blah macam tu je!

Curi

Sumber: Facebook

 

“Kat rumah Allah buat perangai” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang bengang gila dengan sikap lelaki tersebut yang tergamak mencuri di dalam ‘rumah Allah’. Namun mujurlah abang Grab tu dapat bantuan derma kilat dari orang awam semalam. Haih… 

Muka Makan Lempang
sumber: facebook

Buat masa ini tak diketahui kat mana kejadian ni berlaku tapi min berharap penjenayahnya ditangkaplah sebab wajahnya memang terang-terang terpapar di dalam video. 

Baca: “Minta maaf itu mudah!” – Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang

Curiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.