in

“Lantak kau lah bang” – Berdebat Isu Hamas, Sharnaaz Ahmad Malas ‘Layan’ Azhar Sulaiman

Sharnaaz Azhar Berdebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenyataan pelakon senior Azhar Sulaiman yang mempertikai mengenai strategi pejuang Hamas di Palestin telah menarik perhatian netizen sehingga mengundang kritikan ramai.


Ia turut membuatkan pelakon Sharnaaz Ahmad yang lantang menyuarakan isu yang menimpa saudara kita di sana berasa kesal dengan pandangan Azhar yang seolah-olah tidak cerdik dan mula hilang rasa hormat.

Artikel berkaitan: “At least dia dah sampai sana” – Azhar Sulaiman Muat Naik Gambar Leona Pergi Palestin

Artikel berkaitan: “Boleh tak aku duku kepala hang?” – Komen The Rock Sokong Israel Buat Sharnaaz Ahmad Bengang?

H

Bagaimanapun, Azhar dilihat tampil mempertahan pendapatnya mengenai isu terbabit dan menegur Sharnaaz kerana telah merendahkan intelektualnya.

Whatsapp Image 2023 10 30 At 12.08.39

Susulan perdebatan yang tercetus, Sharnaaz mengambil langkah enggan menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar memandangkan teguran yang diberikan tidak mendapat respons yang baik.

“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga, lantak kau lah bang.

“Pendapat kau kan, layanlah apa dalam kepala kau,” tulisnya Sharnaaz menerusi Insta Story.

Img 8194

Selepas kritikan hebat yang diterima, Azhar kemudian memuat naik video di Instagram miliknya memohon maaf dengan menyatakan sokongan terhadap Palestin. Pun begitu, dia masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.