Sepanjang PKP dan PKPB hari tu mesti ramai yang teringin nak lepak kedai mamak kan? Bukan apa ini semua sebab teringin nak makan roti canai lah. Memang boleh bungkus, tapi aura dia lain tau kalau makan kat kedai tu sendiri.
Bagaimanapun, mengecewakan bila mana berlaku satu situasi yang menggelikan yang terpaksa dilalui sendiri seorang lelaki ini selepas dia menyaksikan salah seorang pekerja yang pengotor ketika penyediaan makanan!
Menerusi Facebook Mohd Yushaery Zulkafly, dia telah kongsikan satu video di dalam Group Geng Simpang Masjid Tanah, seorang pekerja di restoran mamak kelihatan sedang mengorek hidung, telinga, dan gigi menggunakan jari sebelum menyediakan makanan.
https://www.facebook.com/mohdyushaeryzulkafly.mryus/videos/293230931831569
Berdasarkan sumber, rakaman tersebut diambil di restoran mamak 24 jam yang dipercayai di Masjid Tanah, Melaka.
Mungkin perkara seperti itu tidak dapat dijangka, tapi sebagai pekerja yang menghidang dan menyediakan makanan, kebersihan adalah perkara yang paling penting.
Katanya pada Lobak Merah jika ingin mengunjungi mana-mana restoran pastikan tempat itu bersih tidak kira baik pekerja atau persekitaran.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat 6.7K Shares dan rata-rata netizen geli dengan tindakan lelaki ini. Siap bergurau dengan kawan-kawan..
Penggggotoorrrrrrr… geli weihhh…
Dia redung…
Lepas ni nak pergi mamak, kena hati-hati lah…
Baca: “Pengotor betul!” – Polis Buru Individu ‘Tinggalkan’ Air Liur & Kahak Pada Butang Lif LRT