MP Bangi Berkayak ‘Non-stop’ Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan Mangsa Banjir

Tambah ke Sumber Pilihan
MP Bangi Berkayak ‘Non-stop’ Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan Mangsa Banjir

Macam yang korang tahu, Taman Sri Muda adalah antara kawasan yang terkesan teruk akibat banjir yang bermula sejak Jumaat lalu.

Ramai dari penduduk-penduduk di sana telah tersadai di atas bumbung selama dua hari tanpa makanan dan elektrik menunggu masa untuk diselamatkan.


Ekoran ini, ramai sukarelawan yang telah datang ke sana untuk sama-sama membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan antaranya adalah Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

Menerusi Twitter, Ong Kian Ming memohon maaf kerana tak mampu untuk pergi ke semua lokasi di Taman Sri Muda pun begitu, beliau telah berkayak tanpa henti selama 4 jam bagi menyelamatkan mangsa banjir di sana.

Saya minta maaf kerana tak boleh pergi ke smua lokasi di Taman Sri Muda. Misi menyelamat selama 4 jam tanpa henti dan lebih kurang 40 wanita, kanak-kanak, oku, warga emas dan seorang anjing telah berjaya diselamatkan.”

Untuk pengetahuan korang, Ong Kian Ming mempunyai pengalaman berkayak selama enam tahun dan pernah membuat 20 perjalanan menggunakan kayak di Sungai Klang, Gombak dan Hulu Langat, kerana ini dia mampu untuk berkayak secara solo ke Taman Sri Muda.

Pun begitu, ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa ahli parlimen ini hanya duduk dalam kayak sambil tengok orang angkat mangsa-mangsa banjir dan menarik kayaknya.

Ong Kian Ming menjelaskan, ini kerana orang meminta dia untuk berehat  selepas berkayak tanpa henti selama 15 ke 20 minit setiap kali membuat perjalanan untuk menyelamatkan mangsa.

Sekiranya ada orang yang tertanya-tanya kenapa saya hanya duduk dalam kayak sambil tengok orang tarik kayak, ini kerana dorang berikan saya rehat dari berkayak untuk setiap perjalanan. Satu perjalanan mengambil masa 15 ke 20 minit untuk berkayak dan orang yang menarik kayak hanya ambil masa 30 saat.”

Ish, ada je orang yang nak mempersoalkan. Apa apa pun, YB memang terbaik mampu berkayak solo untuk tolong mangsa-mangsa banjir di Sri Muda.

Baca: [VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda

Captures 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

MP Bangi Berkayak ‘Non-stop’ Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan Mangsa Banjir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mp-bangi-berkayak-non-stop-lebih-4-jam-di-sri-muda-bantu-selamatkan-mangsa-banjir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM