in

Lagi 2 Hari Nak PRU15, Klang & Shah Alam Kini Ditenggelami Air Setinggi 2 Kaki

Banjir Di Klang Shah Alam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat daripada hujan lebat yang turun di sekitar Klang, Shah Alam, Puchong dan Kajang pada tengah malam semalam, beberapa kawasan dilaporkan telah dinaiki air dengan satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku.


Menurut Berita Harian, hujan lebat yang difahamkan turun sekitar jam 11 malam itu telah menyebabkan Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah kawasan Kota Raja dinaiki air.

Manakala Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis pula berkata, air turut dikesan naik di beberapa kawasan di Shah Alam seperti di Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menerima beberapa panggilan banjir dan bermula jam 12.26 tengah malam tadi.

“Seramai 130 pegawai dan anggota JBPM, dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Lagi 2 hari nak PRU, air naik setinggi 2 kaki?

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago meluahkan rasa kebimbangannya di Twitter mengenai situasi banjir yang menimpa daerah Klang.

Menurutnya lagi, meskipun dia berasa lega dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Adun Kota Kemuning, Ganabatirau Veraman yang turun padang menghulurkan bantuan, namun dia tetap merasa bimbang melihat kenaikan air di kawasan terjejas yang mencecah dua kaki.

Beberapa tempat di Klang dan Shah Alam kini ditenggelami air setinggi dua kaki. Lagi dua hari sebelum hari mengundi. Mana SOP SPR ketika banjir?” tanya Charles.

Dalam pada itu, pengguna di Twitter juga meluahkan rasa yang sama dan berharap pihak berkuasa dapat bertindak pantas dalam menangani isu ini.

Banjir

Apa-apapun diharapkan air banjir surutlah sebelum PRU15 nanti. Bagi yang berkemampuan, sama-sama kita hulurkan bantuan bagi mereka yang dalam kesusahan. 

Baca: Anak Cemas Terperangkap Banjir, Ibu Bapa Janji Nak Jemput Tapi Lain Pula Jadi

Artikel Banjir

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.