[VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda

Ekoran banjir yang melanda banyak daerah dan negeri kerana hujan tak berhenti sejak Jumaat lalu, ramai orang yang terkesan dengan bencana ini. Tempat yang biasanya tak terkesan dengan banjir turut dinaiki air.

Lebih menyedihkan, beberapa kawasan masih mengharapkan bantuan walaupun telah tersadai hampir tiga hari. Salah satunya adalah di Taman Sri Muda, Shah Alam.


Kawasan Sri Muda ini terkesan teruk sehingga air naik paras bumbung dan ramai penduduk di sana telah tersadai bersama orang tua, bayi, kanak-kanak, ibu mengandung selama lebih dua hari tanpa makanan atau minuman.

Fg

Ramai sukarelawan dan pihak berkuasa telah pun turun ke kawasan ini untuk menyelamatkan orang-orang di sana namun sehingga kini masih ada lagi mangsa yang belum diselamatkan.

Di media sosial, kawasan Sri Muda telah trending di Twitter dan bukan itu sahaja, satu video yang dimuat naik malam tadi telah buatkan ramai netizen bimbang akan keselamatan penduduk yang tersadai di sana.

Dalam video yang tular ini, kedengaran suara mangsa-mangsa di kawasan tersebut menjerit meminta tolong dalam keadaan yang sangat gelap. Allahu, memang sedih bila dengar jeritan dorang.

Lebih menyedihkan, selepas tersadai lebih 48 jam di atas bumbung, kebanyakan mangsa di sana tak dapat menghubungi pihak bantuan malah bateri telefon bimbit juga dah lama habis jadi tak dapat nak gunakan lampu untuk beri petunjuk.

Disebabkan ini, kebanyakan dari mereka hanya mampu menjerit menggunakan kudrat yang ada bagi mendapatkan bantuan.

Kebanyakan netizen yang mengikuti perkembangan mangsa-mangsa banjir ini turut bersedih melihat video ini lebih-lebih lagi membayangkan apa yang dilalui oleh mangsa-mangsa banjir di sana.

Screenshot 2021 12 20 At 10.31.59 Am Down

Untuk pengetahuan korang, ketika artikel ini ditulis misi menyelamat di kawasan Sri Muda masih diteruskan. Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terperangkap dapat dikeluarkan dengan selamat dan mereka diberikan kekuatan. Aminnn

Baca: Sayu! Tak Sempat Bawa Ke Hospital, Ibu Meninggal Kerana Terperangkap Dalam Banjir

Baca Banjir

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-netizen-sebak-dengar-mangsa-banjir-jerit-minta-tolong-dalam-gelap-di-sri-muda/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM