Bahaya juga bila berdepan dengan orang yang sakit hati ni, sebab kita tak tahu apa yang dia mampu lakukan…
Contoh macam insiden yang berlaku di Pulau Pinang ni, bila seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun telah ditahan gara-gara membakar beberapa motosikal di Jalan Macallum, Georgetown.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek telah pun ditahan di rumahnya yang terletak di Lebuh Cecil pada jam 1 pagi semalam, lapor Harian Metro.
Dipercayai, lelaki warga emas ini berniat untuk membakar motor seorang wanita kerana bengang cintanya ditolak.
Soffian menjelaskan, lelaki tersebut telah jatuh cinta dengan seorang wanita warga asing dan perbuatan khianat tersebut dilakukan kerana cintanya tak berbalas.
Lelaki tersebut telah membakar motosikal wanita tersebut hingga menyebabkan kebakaran empat motosikal berdekatan yang lain.”
Untuk pengetahuan korang, suspek telah pun direman sehari sebelum dilepaskan dengan jaminan polis dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Tak cukup dengan itu, pihak polis Timur Laut turut menyeru orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.