in

“Dahsyat gak orang tua cemburu” – Pakcik Baling Bom Petrol, Bengang Bekas Kekasih Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Collage 39 E1623472907589

Kerana cemburu, seorang lelaki berusia 50 tahun baru-baru ini telah ditahan kerana membaling bom petrol ke rumah kawannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 15 Februari lalu ini, lelaki itu dipercayai membaling bahan letupan di bahagian dinding luar rumah hingga menyebabkan rak kasut serta bumbung sebuah kereka Honda Jazz terbakar.

Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad mengatakan, mangsa lelaki berusia 49 tahun ini telah terdengar bunyi kuat datang dari luar rumahnya pada jam 6 petang dan membuat laporan polis pada pukul 7.45 hari yang sama.

Siasatan awal mendapati perbuatan angkara cemburu

Whatsapp Image 2021 02 16 At 10.12.45 Pm 750X500 1

Menurut Kosmo, Afzanizar mengatakan insiden ini berlaku kerana suspek cemburu kerana ditinggalkan oleh teman wanitanya selepas jatuh cinta dengan kawannya sendiri.

Suspek cemburu mangsa tinggal bersama bekas kekasihnya yang berusia 46 tahun. Difahamkan, suspek telah bercinta dengan wanita tersebut selama 6 bulan dan pasangan ini baru bersama tiga bulan.”

Pihak polis mengatakan, mangsa telah menemui satu botol kaca mengandungi minyak petrol yang digunakan sebagai bahan letupan.

Selepas pemeriksaan lanjut dibuat di kawasan rumah mangsa, polis turut menemui serpihan muncung botol kaca dipercayai bom petrol yang digunakan untuk dibaling ke rumah suspek.

Lelaki tersebut telah pun ditahan pada pukul 10 malam hari yang sama dan turut merampas satu pemetik api dan sebuah Proton Waja beserta serangkai kunci.

Suspek akan direman sehingga 20 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan api.

 

Baca: Angkara Cemburu! Suami Cekik Isteri Sampai Mati Sebelum Minum Racun

Screenshot 2021 02 19 At 5.02.29 Pm

Sumber: Kosmo