Jika korang mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan agak lincah tu, biasalah kan kalau barang-barang dalam rumah pecah ataupun rosak akibat sikap mereka tu.
Tapi yang paling menyedihkan apabila barang elektrik seperti televisyen yang menjadi kegunaan harian pecah di tangan anak-anak. TV zaman sekarang bukannya murah dik… mau menangis mak ayah memikirkannya.
Menerusi perkongsian @juzie.mfn di TikTok, dia berkongsi pengalaman apabila dua buah TV miliknya pecah gara-gara kelakuan anaknya yang mengalami masalah autisme.
Demi untuk menyelamatkan ‘hayat’ TV yang ketiga itu, wanita ini cadangkan kepada ibu bapa yang mengalami masalah yang sama sepertinya untuk membeli ‘screen protector’ TV.
@juziediana Moga panjang umur ye 🤲 #fypp #cracktv #mildautism #suribisnes
Bukan handphone je ada screen protector ye, TV pun kena ada protector dah sekarang.
“Dah 2 bijik pecah baru jumpa & tau protector TV ni”
Melalui perkongsian ini, ramai rupa-rupanya mengalami masalah yang sama seperti wanita tersebut.
Ramai yang mengadu ada yang sudah tiga buah TV dipecahkan anak, barulah tahu mengenai kewujudan alat screen protector ini. Adoi kesian ayahnya terpaksa keluarkan duit beli TV banyak-banyak ye.
“Kalau pecah jugak, beli projektor jelah”
Ada di antara netizen juga sempat memberi buah fikiran, jikalau penggunaan screen protector ini tidak berkesan, ibu bapa bolehlah memikirkan cara lain seperti penggunaan projektor yang lebih selamat.
Korang hanya perlu ‘tembak’ je projektor ke dinding. Tak perlu risau anak-anak pecahkan skrin dah sebab yang ada hanyalah dinding kosong.
Apa-apapun harapnya ibu bapa bersabarlah dengan kerenah anak-anak sementara mereka nak besar kan? Min kalau dah pecah satu, serik nak beli TV lagi. Biarlah sampai anak dah besar baru ada TV.