in

“Moga diberi kekuatan” – [VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas ‘Diserang’ Anak Autisme

Anak Zarina Zainuddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Zarina Zainuddin bukanlah nama asing dalam industri perfileman tanah air, dia sudah mula mewarnai dunia filem tempatan sejak awal 90-an lagi. Selain menempa nama dalam industri tersebut, Zarina juga kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan di mana dia menjual pulut kuning beserta rendang secara online dan juga fizikal.


Pelakon serba berbakat itu sangat aktif di media sosial dan sering berkongsi rutin harian dan cerita mengenai dua orang anak kembarnya yang menghidap autisme iaitu Azil dan Azal.

Whatsapp Image 2021 10 14 At 4.09.15 Pm 1024X761 1

Pastinya, kesabaran serta sifat penyayang Zarina melayan anaknya itu sentiasa dipuji ramai netizen kerana tidak ramai mampu untuk mengawal emosi ketika berada dalam situasi seperti itu.

Menjaga anak-anak yang istimewa ini bukanlah perkara yang mudah, mereka kadangkala boleh bertindak menjadi agresif sehingga mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling.

Baru-baru ini, melalui TikTok @autismstory, Zarina berkongsi anaknya bertindak ganas dan memukul kepalanya bertubi-tubi.

@autismstory

Azil serang Ibu #autism #mentalhealth #azalazil #autismawareness #fyp

♬ original sound – The Autism – The Autism

“Azil serang ibu”

Video pendek itu sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana susahnya untuk menenangkan anak autisme yang sedang tantrum.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan perkara tersebut dan sudah pastinya ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat serta pujia buat aktress tersebut.

Zz

Hebatnya seorang ibu…

Baca: “Semua salahkan jin” – ‘Ustazah’ Dikecam, Dakwa Autisme Ada Kaitan Gangguan Makhluk Halus

Anak Autisme Berpunca Dari Gangguan Jin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.