in

Model Lelaki Tiba-tiba Rebah Ketika ‘Catwalk’ di San Paulo Fashion Week, Disahkan Meninggal Dunia

Tales Cotta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang model lelaki dari Brazil menemui ajalnya di pentas peragaan ketika sedang ‘catwalk’ dekat Sao Paulo Fashion Week, minggu lalu. Menurut People, Tales Soares, 26, dilihat terhuyung-hayang sebelum tersadung dan rebah ketika nak berpusing meninggalkan pentas lepas selesai ‘catwalk’.


Tales

Model Jatuh
sumber: daily mail

Pasukan perubatan kemudian segera mendapatkan Tales dengan disaksikan para penonton yang terkejut. Mana tidaknya, at first penonton sangka ianya adalah salah satu gimik persembahan ketika pertunjukan fesyen tu. Lepas rakan-rakan model lain yang ada atas pentas nampak terkejut barulah orang ramai sedar ia bukanlah sesuatu yang dirancang.

Kawan Model
sumber: dofaq
Model Jatuh1
sumber: daily mail

Dia yang menggunakan nama Tales Cotta sebagai nama pentasnya itu kemudian segera dibawa ke hospital terdekat tetapi disahkan meninggal dunia. Kematian mengejut Tales kini menjadi perbualan ramai terutamanya mereka yang terlibat dalam industri fesyen dan peragaan.

Rakaman saat-saat akhir Tales melakukan ‘catwalk’ sebelum rebah tersebar di internet sejak Sabtu lepas dan orang ramai berasa simpati serta mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

Vídeo mostra momento em que modelo cai após passar mal na passarela da SP Fashion Week

Um modelo morreu após passar mal e cair na passarela durante o desfile da grife Ocksa, na tarde deste sábado (27), na São Paulo Fashion Week.Ainda não se sabe com precisão o que aconteceu com Tales Cotta (nome artístico de Thales Soares), 26, da agência Base MGT. Veja mais em: https://bit.ly/2J608fL #DiáriodoNordeste

Posted by Diário do Nordeste on Saturday, April 27, 2019

Walau bagaimanapun, sebab kematian Tales masih belum diketahui kepada umum. Tetapi, menurut Daily Mail, Tales berkemungkinan ada penyakit sejak dari kecil. Walaupun keputusan belum keluar, tapi doktor berkata Tales mungkin mempunyai masalah epilepsi kerana selepas rebah atas pentas, mulutnya berbuih.

Baca: “Tula boleh jadi model” – Netizen Makan Hati Lihat Mata Lelaki Bangladesh Yang Lawa Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.