in

“Tula boleh jadi model” – Netizen Makan Hati Lihat Mata Lelaki Bangladesh Yang Lawa Ini

Googlepixel9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan pandang rendah kalau lihat orang tu berpakaian selekeh, kadang-kadang orang tu sebenarnya ‘ada rupa’ bahkan jauh lebih lawa daripada kita.


Misalnya macam gambar yang dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai AbendenMung di Twitter ini. Ramai yang terpana melihat mata pemuda Bangladesh ini yang sangat lawa.

 

Mata dia memag harus difotografikan

Sumber : twitter

Perkongisan ini memperoleh lebih dariapda 11,000 jumlah retweets di Twitter. Mungkin jiwa seni dia ni kuat, dia dapat lihat lelaki tersebut mampu memberikan hasil yang menarik jika gambarnya dapat dirakam.

“Okay let me tell the story behind this shot. He is one of the MRT cons site dekat jalan ipoh dekat dgn tempat sarapan aku hari2. First i met him when i was doing vlog. Didnt had the chance to snap bcs i was filming, but today pagi, dia ada lagi.”

Bahagian yang menjadi tumpuannya adalah bahagian mata, kalau tak percaya korang boleh lihat sendiri hasilnya. Mula-mula tak ada peluang nak tangkap gambar dia, tapi bila berkesempatan lelaki ini, dia terus menyapa pemuda tersebut.

“So I quickly pull out pixel 2 xl instead of my other phone, iphone xs max bcs I was texting on that phone, i was holding it, iphone atas meja. So, tak sengaja. I know its going to be a good shot sebab lighting tgh on, pakaian dia on, mata dia is a must photographed eyes.”

Biasalah orang tak tahu apa-apa tiba-tiba disuruh ambil gambar, mestilah terpinga-pinga kan? Pada mulanya memang susah nak dapat gambar on point. Tapi setelah berkali-kali gambar di ambil hasilnya dikongsikan di Twitter, dan terus viral.

“And he was very shy. Very, and plus he didn’t really know where to look at, sebab phone kot? Dia nak pandang mana. Berkali2 aku pointkan dkt camera, shot banyak tak on. Until dia betul2 pandang dan dia mengeluh sikit. Pappp! Dapat ni. Isnt he beautiful?”

 

Boleh jadi model – Netizen

Biasalah pakai handphone canggih, model pula ada x factor, sah-sah akan jadi on point. Bila hasilnya tu dikongsikan di Twitter ternyata ramai retizen terpegun melihat matanya.

Ada yang kata bahawa pemuda ini ada potensi menjadi seorang model. Haaa, korang jangan main-main, esok lusa mesti dia akan lebih top.

 

Lelaki ini siap ajak lagi buat photoshoot yang lebih proper bila jumpa.

 

Baca : Celaka muka stok bangla kerja pam, model jadah pe” – Model Bangladesh Jadi Tohmahan Orang Malaysia

Modelbangla

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.