in

“Modal RM12K” – Suami Dipuji Jahit Telekung Batu Kristal Swarovski Untuk Isteri Buat Pakai Tarawih

Jahit Telekung Swarovski Utk Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indahnya mahligai perkahwinan kalau ada suami yang pandai menghargai isteri dan selalu beri kejutan yang tak disangka-sangka seperti TikToker terkenal ini.

Siapa yang tak kenal dengan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau Prince Syed di TikTok yang sering muat naik video jahitkan pakaian yang cantik-cantik buat isterinya tu?


Kali ini Prince Syed dilihat menjahitkan sepasang telekung buat isterinya, Fatin tetapi telekung ini bukan sembarangan sebab ia telekung yang bertatahkan batu kristal Swarovski! Wah…

Menurut video yang dikongsikan Prince Syed di TikTok, dia telah mengeluarkan modal sebanyak RM12,000 untuk membeli batu kristal tersebut dan ‘hadiah’ ini adalah tanda kasih sayang dan penghargaannya buat si isteri yang telah banyak berkorban.

Jahit

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lelaki Jahit Sendiri 120 Pasang Baju Raya Untuk Isteri & 2 Anak, Kos Cecah RM60k

Artikel berkaitan: “Tiara Swarovski” – ‘Founder’ Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

Jahit telekung Swarovski untuk isteri pakai pergi tarawih

Sebelum ini, Prince Syed katanya ada mendengar luahan isteri yang teringin memakai telekung seperti seorang pengasas di TikTok. Namun isterinya tidaklah begitu bersungguh-sungguh meminta untuk memakainya.

Namun dek kerana mendapat rezeki lebih, Prince Syed putuskan nak beri kejutan buat isterinya dengan menghadiahkan telekung itu.

Cats 11

Actually sebenarnya hari tu isteri saya ada nampak seorang founder ni memiliki telekung yang indah-indah dan cantik dengan taburan Swarovski. Dia kata kalau satu hari nanti ada rezeki teringin nak merasa pakai telekung macam tu. 

“Tapi isteri saya tak meminta-minta pun, masing-masing follow kami pun sedia maklum kan yang isteri saya ni bukan jenis suka meminta macam-macam dan jenis ikut je cakap suaminya ni. 

“Jadi saya pakat dengan PA saya untuk plan surprise untuk bagi hadiah telekung Swarovski yang saya jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri untuk pergi tarawih kat masijid,” katanya.

@syed.fatin.jaeden.haifa

Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa 🥰❤️😘 Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Dalam video itu juga, dapat dilihat isterinya terkejut dengan pemberian itu dan sangat terharu dengan usaha suaminya dalam menyiapkan telekung itu.

Perkongsian TikToker ini mendapat pujian daripada netizen yang terharu dengan usaha yang ditonjolkan si suami dalam menjahit telekung itu.

Syed 1

Untung wife dia dapat suami pandai menjahit. Nak baju apa, cakap je semua jadi. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.