in

“Saya bangga jadi lelaki cantik” – Bersolek Sakan Masa Live, Prince Syed Dakwa Hanya Kongsi Ilmu

Ft Prince Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Prince Syed sekali lagi menjadi bualan hangat warga maya apabila memuat naik sebuah video terbaharu di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian berdurasi seminit itu, Prince Syed dilihat tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menggayakan rambut palsu panjang berombak berwarna hitam yang dihiasi dengan klip reben merah jambu.


Bukan itu sahaja, wajahnya juga disolek tebal lengkap dengan gincu rona merah jambu terang, pembayang mata berkilauan, kanta lekap serta mengenakan subang labuh dan baju berbulu, namun masih mengekalkan janggut nipis di dagunya.

Artikel berkaitan : Tayang Wajah Bengkak, Prince Syed Sangkal Dakwaan Bedah Plastik

Artikel berkaitan : “Cukup lah netizen hina” – Prince Syed Bengang DSV Tiba-tiba Petik Namanya

Saya tahu saya cantik – Prince Syed

Sambil beraksi manja dan menyikat rambut palsu di hadapan kamera mengikut alunan lagu (You Drive Me) Crazy nyanyian asal Britney Spears, beliau turut dilihat mengoles gincu serta menyentuh bahagian kelopak matanya sambil memegang bekas produk kosmetik.

Prince Syed sempat berseloroh dengan membandingkan penampilannya itu dengan penyanyi pop antarabangsa tersebut, namun dia  menegaskan bahawa dirinya masih bangga bergelar seorang lelaki.

“Kalah Britney Spears hahaha kalau aku ni perempuan. Ya saya tahu saya cantik, jadi lelaki lagilah kacak + cantik. Hasil live mekap tadi, kongsi ilmu. Apa pun saya bangga jadi lelaki cantik, tak mahu jadi perempuan,” tulisnya.

Walau apa pun alasan… Semua itu tidak menghalalkan bagi seorang lelaki – Netizen

Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen yang rata-ratanya terkejut dan mempersoalkan tindakan pempengaruh berkenaan.

Ada segelintir netizen yang berseloroh menyifatkan penampilan tersebut sebagai ‘jati diri sebenar’ yang selama ini dipendam, selain mengaitkannya dengan perkongsian mewah beliau kepada isterinya sebelum ini.

Prince Syed 2 Prince Syed 3 Prince Syed 4

Dalam pada itu, tidak kurang juga warganet yang tampil memberikan teguran secara berhemah agar beliau menjaga batas sebagai seorang lelaki beragama Islam, biarpun sekadar bertujuan untuk mempromosikan produk atau mencipta kandungan (content) semata-mata.

Prince Syed 5 1

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.