in

MKN Kini Izin Kedai Runcit & Pasar Raya Jual Semua Barang Yang Ada Dalam Premis Mereka

Tutup Bukak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, segelintir netizen di media sosial telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka dek kerana penutupan beberapa bahagian dalam pasar raya dan kedai runcit bagi barangan yang dikategorikan non-essential.


E3Leigjvgamsxm6

Walau bagaimanapun menerusi laporan Malaysiakini semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjelaskan bahawa semua barang yang ada di kedai barangan harian atau kedai runcit kini sudah boleh dijual seperti biasa.

Menurut MKN telah terjadinya ‘salah faham’ berhubung prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah melarang kedai menjual barang ‘tidak perlu’ beberapa hari lalu.

Pengarah MKN Mohd Rabin Basir menerusi Sin Chew Daily juga berkata, ia telah diputuskan agar semua barang di kedai dapat dijual kepada pelanggan.

Rabin

Kami mengizinkan kedai runcit dan pasar raya menjual barang yang ada di premis mereka, itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Menurutnya lagi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akan menjelaskan mengenai perkara tersebut hari ini.

Dalam pada itu, mana-mana kedai yang didenda kerana tidak menutup bahagian ‘tidak perlu’ akan diteliti semula berdasarkan kes masing-masing.

E3Lyqp8Vuaqzgew

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi juga berkata, kementeriannya akan mematuhi keputusan MKN.

“Apa pun keputusan terbaru atau pindaan terhadap keputusan sebelumnya akan sesuai dengan keputusan terbaru MKN.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan ikut,” katanya.

Pun begitu, peraturan sebelum ini dibuat katanya untuk mencegah kesesakan orang ramai di kedai-kedai seperti itu.

Namun dia juga menekankan bahawa MKN adalah badan yang membuat keputusan tertinggi mengenai SOP, oleh itu kementerian akan mematuhi segala keputusan yang ditetapkan oleh MKN.

Jadi sama-samalah kita tunggu keputusan MKN menerusi sidang media Menteri Pertahanan petang nanti. 

Baca: “Paip pecah, tutup pakai kesabaran je” – Netizen Tak Puas Hati, Pasaraya Tutup Bahagian ‘Bukan Essential Item’

Tutup

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.