in

Miyuki Ishikawa: ‘Bidan Setan Jepun’ Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang “Hidup Susah”

Collage 40

Harini, admin nak cerita pasal Miyuki Ishikawa, juga dikenali sebagai “bidan setan” yang membunuh sekurang-kurangnya 103 bayi baru lahir dengan alasan untuk selamatkan dorang daripada kesengsaraan dan kemiskinan.

Zaman kesusahan Jepun

Pada tahun 1945, situasi ekonomi di Jepun sangat kritikal. Mereka dipaksa untuk menyerah diri dalam peperangan. Negara ini mengalami krisis sosial yang teruk akibat dari pos peperangan ini.

Bukan tu je, Jepun juga mengalami fenomena sosial iaitu kelahiran bayi besar-besaran. Dipercayai, fenomena ini berlaku disebabkan oleh perkahwinan yang terpaksa ditangguhkan kerana perang atau pasangan yang terpaksa berpisah semasa tempoh peperangan ini.

Dianggarkan, di Jepun saja, lebih kurang 2.6 juta bayi dilahirkan setiap tahun dari 1947 hingga 1949.

Miyuki Ishikawa

535D6E4858Ea4A8Cb1C0Bb6D9Df8Cbcd
Sumber: cc

Disababkan peperangan ini, tak banyak fakta kehidupan awal Miyuki Ishikawa ini dapat diketahui. Apa yang diketahui, Miyuki dilahirkan pada tahun 1897 di pekan kecil di selatan Jepun dipanggil Kinitomi.

Dia mendapat pendidikan di Universiti Tokio, berkahwin dan mula bekerja sebagai bidan di wad bersalin sebuah hospital hingga sempat menjadi pengarah wad tersebut.

Semasa dia menjadi bidan, Miyuki sedar yang kadar kelahiran meningkat secara mendadak dan beberapa pasangan mula risau kerana mereka nak makan diri sendiri pun tak cukup duit ini kan pula nak membesarkan bayi.

Perkara ini membuatkan Miyuki berfikir yang jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membiarkan bayi-bayi baru lahir ini mati daripada mereka hidup dalam penyeksaan, berpenyakit dan miskin.

Memang bagus untuk buat sesuatu bila tengok orang dalam kesusahan. Tapi besar bezanya antara mencari penyelesaian masalah dengan sukarela membunuh bayi.

Ramai ibu bapa minta pertolongan Miyuki

Ishikawa Sepia Photo
Sumber: cc

Bukan saja Miyuki merasakan bayi-bayi ini lebih baik mati, kebanyakan kes, ibu bapa sendiri yang suruh Miyuki buat sesuatu untuk tolong dorang kerana dorang tak mampu.

Kalau korang nak tahu, time ni, menggugurkan kandungan adalah salah di sisi undang-undang. Malah, hukuman menggugurkan kandungan lebih teruk dari anak mati kerana kecuaian ibu bapa.

Jadi, orang miskin yang tak tahu nak buat apa dengan anak-anak dorang, akan berpaling pada Miyuki untuk mendapatkan penyelesaian.

Perbuatan Miyuki ini bukan dibuat secara rahsia tau, dan sebenarnya ramai bidan-bidan lain dekat hospital tu tak suka dengan apa yang wanita ni buat sampai berhenti kerja. Apa yang peliknya, walaupun perkara ini dibuat secara terang-terangan, tak ada sorang pun yang cuba untuk hentikan perbuatan Miyuki ini.

Mula jadikan pembunuhan bayi sebagai perniagaan

Tak lama selepas dia memulakan perbuatan terkutuknya ini, Miyuki mula sedar yang dia perlukan bantuan orang lain untuk menjayakan lagi rancangannya. So, dia mengajak suaminya dan seorang doktor di hospital, Shiro Nakayama untuk melakukan jenayah ini.

Tiga “ahli perniagaan” ini mula meminta duit dari pelanggan mereka dengan alasan, apa yang dorang bakal bayar ni lagi sikit dari duit yang dorang perlu keluarkan untuk membesarkan anak. Jahatnyaaa

Modus operandi mereka adalah, Miyuki akan bertanggungjawab untuk membunuh bayi, suaminya akan mengambil duit dari ibu bapa yang terdesak ini manakala Shiro pula bertanggungjawab membuat sijil mati palsu.

Pecah tembelang

Ishikawa Sep24 48 Ss Trial T
Sumber: cc

Skim yang disangkakan sempurna ini akhirnya terbongkar pada tahun 1948 apabila pihak polis menemui lima mayat bayi baru lahir. Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan bila keputusan bedah siasat mendedahkan yang bayi-bayi ini bukan mati sebab semulajadi.

Melalui saksi dan maklumat orang ramai, polis mula menangkap Miyuki dan dua rakan subahatnya. Apa yang mengerikan, semasa dorang sedang disoal-siasat dan menunggu masa untuk dibicarakan, pihak polis menemui lebih 70 mayat bayi ditanam di sebuah kawasan perkuburan.

Bila diperiksa, semua mayat bayi yang ditemui ini mati dalam keadaan sama dengan lima bayi sebelum ini.

Tak mengaku bersalah

Miyuki Ishikawa Kotobuki Sanin Incident
Sumber: cc

Semasa perbicaraan, Miyuki mengatakan yang dia tak terlibat dalam pembunuhan ini dan mengatakan bayi-bayi tersebut mati kerana diabaikan ibu bapa mereka yang mengalami masalah kewangan.

Percaya atau tak, ucapan Miyuki semasa perbicaraannya ini telah berjaya memperdayakan beberapa orang juri dan dia kemudiannya dituduh mengabaikan tanggungjawab sebagai doktor dan bukan pembunuhan.

Miyuki dihukum penjara selama lapan tahun dan hanya menghabiskan masa 4 tahun dalam penjara sebelum dia dan suaminya merayu pada mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman mereka. Mahkamah bersetuju dengan permintaan pasangan ini. Seriouslahhh

Kerana jumlah pembunuhan yang wanita ini lakukan, Miyuki Ishikawa dikira sebagai pembunuh bersiri paling berprofilik dalam sejarah Jepun walaupun dia tak mendapat hukuman yang setimpal.

Bagaimanapun, kes Miyuki ini memberikan impak terhadap undang-undang Jepun dan pada tahun 1949, atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa boleh membuat pengguguran bayi.

Bunuh lebih seratus bayi tapi masih dibiarkan bebas. Hopefully, lepas dia keluar tu takdelah dia buat benda terkutuk ni lagi.

Sumber: ati, cc

Baca: Leonarda Cianciulli: Bunuh 3 Wanita Sebelum Jadikan Mereka Sabun – Kuih Untuk Hidang Pada Jiran

Feat