in

Tak Boleh Pilih ‘Last Name’ Punya Pasal, Pasangan Pilih Bercerai & Kahwin Semula Setiap 3 Tahun

Last Name

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada mana-mana pasangan kekasih dalam dunia ni pun yang mahu hubungan mereka berakhir dengan perpisahan. Lebih-lebih lagi jika mereka sudah berkahwin.


Tapi, lain pula bagi pasangan suami dan isteri ini kerana mereka membuat keputusan untuk bercerai dan akan berkahwin semula dengan satu sama lain setiap tiga tahun. Dah kenapa pulak ni?

9 E1649482792870

The Mainichi melaporkan, pasangan yang dikenali sebaai Mimi dan Haruto (bukan nama sebenar) itu menjelaskan tujuan utama mereka mengambil keputusan untuk bercerai setiap tiga tahun dan akan menikah semula dengan satu sama lain sebaik sahaja borang penceraian disahkan adalah kerana isu penggunaan nama akhir atau last name.

Untuk pengetahuan, menurut undang-undang Jepun, pasangan suami isteri perlu memilih untuk menggunakan last name salah seorang daripada mereka yang bakal digunakan selepas majlis pernikahan.

Difahamkan, ketika mula-mula berkahwin pada tahun 2016, pasangan berkenaan memilih untuk menggunakan last name Haruto. Pun begitu, Mimi yang bekerja di syarikat asing berancang mahu menggunakan last name dirinya yang digunakan sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun, Mimi tak dapat berbuat demikian kerana masalah sekuriti. Wanita berusia 32 tahun itu mengaku berasa murung setiap kali orang mengelarnya dengan last name suaminya.

Dah mula bergaduh pasal nak guna last name siapa lepas kahwin sejak bercinta di universiti

Mimi dan Haruto yang tinggal di Hachioji, barat Tokyo mendedahkan mereka pertama kali berjumpa semasa masing-masing sedang belajar di sebuah universiti tempatan. Selepas bercinta selama beberapa bulan, pasangan terbabit mula berbicarakan soal perkahwinan dimana Mimi menjelaskan dia tidak mahu menukar last name yang telah digunakan sejak lahir.

Dikhabarkan, tujuan Mimi tak nak gunakan last name suaminya seperti kebanyakan wanita lain selepas berkahwin adalah kerana dia sukakan nama panggilan yang digunakan teman rapatnya. Nama panggilan berkenaan difahamkan diinspirasi daripada last name Mimi.

“Disebabkan saya berkeras nak gunakan last name saya, kami selalu bergaduh sebab Haruto mahu saya guna last namenya sama seperti kebanyakan wanita di negara ini,” kata Mimi.

Adobestock 267296500 Jpeg 6852 1648557328 E1649482872491
Gambar hiasan

Dalam pada itu, Haruto menjelaskan, idea disebalik tindakan drastik mereka untuk bercerai dan berkahwin semula setiap tiga tahun itu tercetus selepas terdengar gosip di pejabat mengenai kisah pasangan lain.

Demi memuaskan kedua-dua pihak, Mimi dan Haruto akhirnya membuat keputusan mengikut cara pasangan terbabit sebelum mula berkahwin kali pertama pada tahun 2016. Tiga tahun selepas itu, mereka memfailkan penceraian dan selepas ia selesai, mereka memfailkan pula permohonan berkahwin tapi kali ini dengan menggunakan last name Mimi.

Jelas Mimi dan Haruto lagi, mereka pernah membuat permohonan supaya mahkamah jeluarga membenarkan penukaran last name sebanyak dua kali di borang pendaftaran keluarga namun permohonan itu ditolak.

Shutterstock 1145013188 1 1024X576 1 E1649482927924
Gambar hiasan

Mimi dan Haruto difahamkan akan bercerai lagi pada bulan Julai nanti sebelum berkahwin semula dan akan menggunakan last name Haruto pula selepas ini.

Selain cara ini, Mimi dan Haruto juga boleh menukar last name mereka tanpa perlu bercerai sekiranya mereka berkahwin secara sah di luar negara.

Sumber: The Mainichi

Baca: Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Guna Ular Tedung, Taknak Bercerai Sebab Kena Pulang Duit Hantaran

Bunuh Isteri Duit Hantaran E1649480131346

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.