in

“Miscommunication” – ZUS Coffee Minta Maaf Lepas Dituduh Diskriminasi Golongan OKU

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang pemuda telah membuat ciapan di Twitter mendakwa pihak Zus Coffee telah mendiskriminasinya sebagai seorang orang kurang upaya (OKU) ketika memohon jawatan sebagai barista.


Dalam perbualan yang dimuat naik oleh Hairul ini, dapat dilihat perekrut gagal menjawab soalan apabila ditanya adakah keputusan mengatakan jawatan tersebut ditutup adalah disebabkan kekurangan yang dimilikinya.

Selepas isu ini tular, Pengurus Besar Zus Coffee telah mengambil tindakan untuk menyiasat perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Menurut Venon Tian, pihaknya telah menjalankan siasatan segera mengenai perkara ini dan menjelaskan beberapa perkara yang mereka temui selepas siasatan tersebut dijalankan:

Flnpzs6Aiaegv W

1. Perekrut telah menghubungi beberapa calon pada 14 Februari bagi mendapatkan maklumat sebelum membuat tindakan lanjut.

2. Kemudian perekrut telah menghantar templat yang telah disiapkan bagi mendapatkan maklumat apabila pemohon menyatakan minat mereka untuk bekerja secara part time.

3. Ketika menunggu respon dari pemohon, perekrut telah membuat semakan melalui database rasmi dan mendapati jawatan yang dimohon di outlet Eko Cheras telah ditutup.

4. Perekrut tidak respon tetap pada masa untuk memberitahu pemohon bahawa pengambilan tersebut ditutup.

5. Perekrut tak tahu cara untuk mengawal situasi bila disoal adakah dia mendiskriminasi golongan OKU

6. Kerana respon di antara pemohon dan perekrut lambat, salah faham telah berlaku.

Berdasarkan siasatan di atas, kami simpulkan yang perkara ini hanyalah salah faham dan perekrut kurang pengalaman ketika mengendalikan situasi ini. Kami tak berniat untuk dilihat seperti mendiskriminasikan pemohon dan untuk itu kami minta maaf.

Kami tidak ada masalah untuk mengambil mana-mana pekerja dari pelbagai latar belajar termasuk golongan OKU sekiranya mereka boleh menjalankan tugas yang diberikan.”

Pihak Zus Coffee juga telah memberi jaminan bahawa mereka akan memastikan perekrut meminta maaf kepada pemohon dan memberi tahu tentang jawatan kosong lain yang ada di outlet lain.

Di Zus, kami tidak bertolak ansur dengar apa-apa unsur diskriminasi dan akan sentiasa memberikan peluang yang sama rata.”

Menjengah ke ciapan Hairul, pemuda ini telah pun memuat naik tangkap layar perbualannya dengan perekrut menunjukkan yang mereka telah pun berdamai dan menyelesaikan isu tersebut.

Salah faham je rupanya, harapnya perkara seperti ini tak berlaku lagi dan min doakan Hairul dapat kerja baru secepat mungkin.

 

Baca: ‘Expert’ Bersihkan Tayar & Rim, Skil Lelaki OKU Penglihatan Buat Ramai Kagum!

Screenshot 2022 02 15 At 3.51.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.