in

“Mintak layan beberapa jam dalam bilik” – Syura Mengaku Ditawar Jadi ‘Sugar Baby’ Dengan Bayaran RM100,000

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sejak akhir-akhir ini isu ‘sugar baby’ makin menjadi-jadi pulak. Bukan je dari golongan pelajar, malah ‘sugar daddy’ ni siap approach selebriti bertudung lagi!


Perkara ini didedahkan sendiri oleh penyanyi dan usahawan, Syura yang mengatakan dia pernah ditawarkan wang sebanyak RM100,000 melalui Instagram peribadinya dari seorang lelaki yang mahu jadikannya sebagai sugar baby. Amboi mentang-mentang kaya!

Memetik laporan dari Harian Metro, Syura yang juga merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mengaku terkejut dengan tindakan individu tersebut yang tak malu menawarkan perkara tak senonoh seperti itu.

Saya ditawarkan sekitar RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan ‘sugar daddy’ selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung.”

Tambahnya lagi, individu biadap tersebut turut mengatakan yang dia akan membuat bayaran deposit sebanyak RM70,000 dan baki akan diberikan selepas perkhidmatan tamat.

Saya tidak memerlukan tawaran sebegitu untuk mencari rezeki bagi menyara anak dan keluarga. Banyak kesan buruknya, selain wang diperoleh itu memang sah haram di sisi agama.

Syura turut mengiyakan yang pihak seperti itu tertarik untuk menawarkan perkhidmatan tak bermoral tersebut ekoran video-video yang dia muat naik di media sosialnya itu.

Mungkin mereka kesian melihat saya bersusah payah membuat promosi pemasaran produk di Instagram.”

Ish, semua orang nak dicubanya!

 

Baca: “Mak ai ramai betul” – Malaysia Negara Ke-3 Ada Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Dalam Asia!

Screenshot 2021 03 22 At 6.04.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.