in

Demi Pujuk Diana, Farid Kamil Tawar Toyota Vellfire, Barang Kemas & Nafkah Bernilai RM40K

Ft Farid Rm400K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan cubaan menggunakan sejambak bunga ros untuk memujuk isterinya, Diana Danielle telah gagal, pelakon dan pengarah, Farid Kamil telah tampil membuat tawaran baharu, berjumlah lebih RM300,000 sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Farid memberitahu, tawaran tersebut diharapkan mampu melembutkan hati permaisuri hatinya itu sekali gus menawarkan hadiah termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000 serta nafkah terdahulu bagi bulan Mac hingga Jun 2023 berjumlah RM40,000.


Surat Tawaran Hadiah Farid Untuk Diana 768X1024 1

Bukan itu sahaja, Farid turut menghadiahkan barang kemas bernilai RM10,700 berserta bayaran balik tiket mengerjakan ibadah Umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

“Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini, ingin menawarkan kepada isteri saya Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.”

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” tulisnya.

Afq 6477

Hari ini, Farid Kamil telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding sulh berhubung krisis rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle.

Walaubagaimanapun, peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader telah memaklumkan kepada media bahawa Diana tidak akan hadir bagi prosiding berkenaan hari ini.

Pada masa yang sama, Farid yang berharap tawaran tersebut dapat membuka hati isterinya agar berlembut dengannya demi masa depan anak-anak mereka.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

Terdahulu, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Sumber: Kosmo!, mStar

Baca : “Bukan bersama semula” – Didakwa Berbaik Dengan Suami, Diana Danielle Minta Orang Ramai Jangan Salah Faham

Diana Danielle Jangan Salah Faham 758X399 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.