in

Minta Sedekah Di Pasar Raya, Satu Persatu Kisah Mak Cik Ini Dibongkarkan

Ft Bt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang sudah berusia meminta sedekah di Giant Batu Caves. Kisah yang menyayat hati itu telah mendapat perhatian ramai sehingga banyak bantuan dihulurkan kepada wanita itu.


Menurut perkongsian Awanis Rasdi di akaun Twitternya, wanita itu terpaksa meminta bantuan kerana suaminya tidak lagi bekerja kesan daripada pandemik Covid-19.

Kisah itu turut mendapat perhatian seorang guru yang aktif menjalankan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh.

Guru tersebut dikatakan mengambil inisiatif untuk mencari sendiri wanita itu bagi melihat keadaannya dan memberi bantuan lanjut selepas ramai netizen tag guru itu di laman sosial Facebook miliknya lapor mstar.

Capture 4 1

 

Bukan yang pertama

Pencarian guru itu bukan sahaja menemui kegagalan bahkan menyebabkan dia bertambah keliru dengan kenyataan pekerja di pasar raya tersebut.

Aku pun pergi ke pintu utama, berjumpa staf Giant yang berdiri di situ check suhu pelanggan keluar masuk. Aku tunjuk gambar ni dan bertanya. Staf tu senyum sahaja bila aku tunjukkan gambar mak cik ni lantas berkata ‘hari ni saja dah empat orang datang tanya saya tentang mak cik ni’
“Cikgu. Mak cik tu memang selalu ke sini. Seminggu tu acap kali juga datang. Dan bukan dia datang seorang.
Anak dia hantar. Anak dia dah besar. Anak dia lepak je kat food court sampailah mak dia ke sana untuk pulang. Susah nak kata cikgu.

Perkongsian daripada pekerja pasar raya tersebut menambahkan lagi persoalan guru itu. Tidak cukup dengan guru itu, wakil daripada Lembaga Zakat Selangor turut hadir untuk melihat keadaan mak cik tersebut namun kelibat wanita itu tidak dapat ditemukan.
Tindakan yang dilakukan oleh guru ini adalah bertujuan untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara sebelum mengambil keputusan. Bukan apa, kita tak nak bantuan pergi kepada orang yang salah…

Aku senyum sahaja. Kes yang orang ramai tular setelah hanya dengar kisah sebelah pihak memang ramai yang silap sebenarnya.

Tidak cukup dengan kenyataan dari pekerja disitu, perkongsian Cikgu Fadli mendapat perhatian netizen yang rata-rata berkongsi serba sedikit mengenai wanita itu.

Capture 2

Perkongsian netizen turut membongkar kegiatan wanita ini dan keluarganya.

 

Baca : Pakcik kena buang kerja masa bulan Makcik Ini Minta Derma Lepas Suami Hilang Sumber Pencarian

Capture 2 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.