Siapa yang tidak mengenali seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Sheila? Sebelum ini, beliau pernah beberapa kali tular di media sosial.
Terbaharu, Inspektor Sheila dilaporkan ditahan polis semalam selepas didakwa mencetuskan kekecohan apabila bertengkar dengan seorang peniaga di perkarangan sebuah kuil di kawasan Batu Caves, lapor Harian Metro.
Bagaimanapun, menurut pihak polis, wanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman selama sehari.
@nstonline NSTTV A suspended policewoman, identified as Inspector Sheila, was arrested for allegedly causing a disturbance during the Thaipusam celebrations at Batu Caves yesterday.
Artikel berkaitan: “Ambil gambar tanpa izin saya, hati-hati” – Inspektor Sheila Berang Dengan Jurugambar Semasa Di Mahkamah
Artikel berkaitan: “Saya gelisah memikirkan dia..” – Iqbal Zulkefli Gambarkan Inspektor Sheila Sebagai Sopan & Baik Hati
Difahamkan, Inspektor Sheila sebelum ini pernah bertugas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun kini wanita berkenaan dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk masalah kesihatan.
Sementara itu, video memaparkan kejadian melibatkan wanita tersebut di kawasan Batu Caves turut tular di media sosial.
Sumber: Harian Metro
